Memenangi tempat pertama Kategori iTeCC dalam Pertandingan Inovasi Pembelajaran Digital CIDOS Inspiring Learning Award Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia eDOLA XI 2023 bertempat di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor.
Nama Pemenang:
Puan Gaytri Kandaiah
Puan Norbahiah Zakaria
Ustaz Mohd Fahmi Md Yusop
4 Mei 2023 | KHAMIS – Kolaborasi PSP & KKTG di dalam persidangan peringkat antarabangsa dalam The 2nd National and International Conference on Research and Innovation, Institute of Vocational Education: Southern Region 3 bertempat di Crystal Hotel, Hatyai Songkla. Kolaborasi ini merupakan inisiatif bersama CTTL dan Unit Pengantarabangsaan bagi memberi pengalaman dalam perlaksanaan kolaborasi antarabangsa. Persidangan ini turut dihadiri oleh Dr Salmi binti Che Meh, Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan Politeknik Seberang Perai.
Kolaborasi ini juga memberi peluang kepada semua jawatankuasa untuk berkerjasama antarabangsa antara Polycc Malaysia (PSP dan KKTG) dan Institute of Vocasional Education : Southern Region 3.
4 Mei 2023 | KHAMIS – Tahniah diucapkan kepada Puan Norbahiah binti Zakaria dan Puan Anisah binti Ahmad kerana telah menerima Anugerah A Very Good Award for Poster Presentation Category di dalam Persidangan peringkat antarabangsa dalam The 2nd National and International Conference on Research and Innovation, Institute of Vocational Education: Southern Region 3 bertempat di Crystal Hotel, Hatyai Songkla dengan kertas penulisan yang bertajuk Improving the Understanding and Skills of Creative Streaming Studio (CSS) Users in Producing Broadcast Video. Kertas penulisan ini adalah merupakan kajian terhadap perlaksanaan satu medium pemudahcara yang digunapakai bagi memudahkan semua pengguna CSS samada staf atau pelajar.
Menggunapakai FB Rasmi PSP sebagai salah satu langkah untuk sebarluas penggunaan eBook
8 Feb 2023 | TeCC PSP. Terima kasih kepada semua penceramah sis dan terima kasih kepada semua peserta merangkap pengguna TeCC
9 Feb 2023 | Terima kasih Dr Zulhadi Zakaria, TPA PSP sudi memberikan kata semangat dan aluan kepada semua peserta. Peserta yang hadir adalah dikalangan manager dan team elearning dijabatan. Penceramah pun dikalangan team CTTL juga. Kita belajar kita ajar.. Sharing is caring.
5 Mei 2023 | JUMAAT – Di bawah inistiatif kerjasama CTTL dan KKTG yang juga disertai oleh beberapa pensyarah Politeknik Seberang Perai, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, juga Kolej Komuniti Tasek Gelugor telah berjaya menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertempat di Sekolah DarulBarakah Pattani Thailand.
Program CSR ini mendapat kerjasama yang baik dari pasukan sukarelawan dalam aktiviti pembersihan seperti ruang belajar, perpustakaan, pemasangan solar dan pembelajaran aplikasi Canva. Komitmen yang ditunjukkan sangat memberikan impak yang positif kepada pihak sekolah yang diketuai oleh Mudir , Ustaz Wasin Samoh. Para sukarelawan telah membersihkan perpustakaan dan ruang belajar dengan menyapu, mengutip sampah dan menceriakan ruang berkenaan. Selain itu, para sukarelawan juga turut terlibat dengan aktiviti memasang solar di sekitar bangunan utama sekolah darulbarakah tersebut. Aktiviti CSR ini tidak hanya dijalankan dengan aktiviti pembersihan tetapi juga sesi pembelajaran iaitu aplikasi Canva. Guru-guru sekolah darulbarakah seramai 11 orang telah didedahkan cara penggunaan Canva. Canva adalah platform rekabentuk grafik dan pengeditan gambar yang dapat memberikan manfaat kepada cikgu dalam pelbagai cara. Dengan ini, guru dapat mencipta bahan pembelajaran yang menarik dan kreatif. Dengan menggunakan Canva, cikgu dapat memperbaiki interaksi pelajar dan meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka.
Secara keseluruhannya, semua sukarelawan menunjukkan komitmen yang sangat baik dan mendapat kerjasama yang tinggi di dalam pasukan.
6 Julai 2023 | Aktiviti CSR yang bertajuk Knowledge Transfer: "The Power of Visual Storytelling: A Video Making Workshop", JTMK bersama Team CTTL kepada pelajar SMA MATSA (Sekolah Menengah Agama Maahad As-Syakhsiah Tahfiz Sains). SMA MATSA adalah rakan kolaborasi JTMK PSP.