Melahirkan murid yang berilmu dan berakhlak mulia serta mampu bersaing dengan murid lain.
Mewujudkan suasana sekolah yang harmoni bagi mendorong murid menampilkan sahsiah dan akhlak terpuji.
Menyediakan suasana persekitaran yang selamat, bersih, ceria dan selesa untuk melahirkan dan menyuburkan semangat kecintaan terhadap sekolah.
Memberikan perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti dalam pengurusan pentadbiran sekolah.
Menjadikan budaya muafakat dan semangat kekeluargaan dalam menghadapi pelbagai situasi.
Sentiasa berusaha mempertingkatkan dan mengekalkan pencapaian murid dalam semua pentaksiran pemerhatian secara menyeluruh untuk memenuhi kualiti, kuantiti dan piawaian semasa.
SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN INDAH mengupayakan sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk melahirkan insan sempurna secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial ke arah pembentukan 6 Aspirasi Murid merangkumi pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika kerohanian dan identiti nasional menuju kesejateraan bangsa.
SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN INDAH melestarikan satu Sistem Pendidikan berkualiti merangkumi Kepimpinan, Pengurusan Organisasi, Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan, Hal Ehwal Murid serta Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang berkualiti tinggi bagi membangunkan potensi murid dalam memenuhi Aspirasi Negara.
KEJAYAAN MILIK KITA
Kamilah Barisan Putra Putri
Sekolah Kebangsaan Pandan Indah
Bersopan Santun Gagah Berani
Serta Bertakwa
Akan kami tempuh segala dugaan
Semangat Yang Membara
Akan kami tanamkan cita mulia
Giat Usaha Kita Maju
Pasti Kita Berjaya