Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah Negeri Selangor. Penyertaan pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa.
Tema sketsa adalah CERITA RAKYAT dan mendapat sumber daripada bahan bacaan (buku dan sebagainya) yang bersesuaian. CERITA RAKYAT yang dipilih boleh berdasarkan cerita rakyat tempatan ataupun negara luar. Persembahan dimulai dengan pengenalan ringkas buku atau bahan bacaan (sumber).
Jumlah murid yang terlibat dalam produksi hendaklah maksimum hingga 10 orang murid sahaja (pelakon dan kru) daripada sekolah yang sama serta dua (2) orang guru pembimbing atau jurulatih.
Persembahan Sketsa Cerita Rakyat adalah menggunakan Bahasa Melayu.
Pakaian pelakon hendaklah kreatif dan sopan serta sesuai dengan watak yang dilakonkan.
Durasi Persembahan adalah selama 8-10 minit dan dikira bermula daripada intro persembahan sama ada dalam bentuk muzik, aksi atau dialog.
Penggunaan prop yang bersesuaian dengan skrip sahaja dibenarkan. Prop yang berbahaya sama ada digunakan atau sebagai hiasan seperti benda-benda tajam atau senjata dalam bentuk asal adalah tidak dibenarkan, sebaliknya hendaklah menggunakan replika yang selamat sahaja. Penggunaan bahan letupan, asap, gas, ledakan dan api tidak dibenarkan.
Tidak dibenarkan memaparkan unsur-unsur yang mengghairahkan atau berbaur lucah sama ada melalui perlakuan, dialog atau kostum yang dipakai. Unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai - nilai murni masyarakat tempatan dan bercanggah dengan agama serta keperibadian bangsa Malaysia juga dilarang dalam persembahan.
Guru pembimbing atau jurulatih setiap kumpulan tidak dibenarkan memberi sebarang arahan atau bantuan (side coaching) semasa persembahan.
Pihak sekolah diwajibkan untuk menyertakan pautan video/audio untuk kegunaan latar persembahan.
Pihak sekolah diwajibkan untuk mengisi Borang Penyertaan dan Borang Kebenaran Ibu bapa.
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Menengah Negeri Selangor (Tingkatan 1-6). Penyertaan pertandingan ini mestilah melalui pihak sekolah dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa.
Tema Sketsa Muzikal adalah KARAMAH INSANIAH dan mendapat sumber daripada bahan bacaan (buku dan sebagainya) yang bersesuaian. Persembahan dimulai dengan pengenalan ringkas buku atau bahan bacaan (sumber).
Jumlah murid yang terlibat dalam produksi hendaklah maksimum hingga 10 orang murid sahaja (pelakon dan kru) daripada sekolah yang sama serta dua (2) orang guru pembimbing atau jurulatih.
Persembahan Sketsa Muzikal adalah menggunakan Bahasa Melayu. Dialog, nyanyian ataupun muzik latar boleh dirakamkan terlebih dahulu dan persembahan adalah secara miming. Elemen tarian boleh dimasukkan dalam persembahan tetapi mestilah sopan dan tidak keterlaluan. Pihak sekolah diwajibkan untuk menyertakan pautan video/audio untuk latar persembahan.
Pakaian pelakon hendaklah kreatif dan sopan serta sesuai dengan watak yang dilakonkan.
Durasi Persembahan adalah selama 8-10 minit dan dikira bermula daripada intro persembahan sama ada dalam bentuk muzik, aksi atau dialog.
Penggunaan prop yang bersesuaian dengan skrip sahaja dibenarkan. Prop yang berbahaya sama ada digunakan atau sebagai hiasan seperti benda-benda tajam atau senjata dalam bentuk asal adalah tidak dibenarkan, sebaliknya hendaklah menggunakan replika yang selamat sahaja. Penggunaan bahan letupan, asap, gas, ledakan dan api tidak dibenarkan.
Tidak dibenarkan memaparkan unsur-unsur yang mengghairahkan atau berbaur lucah sama ada melalui perlakuan, dialog atau kostum yang dipakai. Unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai - nilai murni masyarakat tempatan dan bercanggah dengan agama serta keperibadian bangsa Malaysia juga dilarang dalam persembahan.
Guru pembimbing atau jurulatih setiap kumpulan tidak dibenarkan memberi sebarang arahan atau bantuan (side coaching) semasa persembahan.
Pihak sekolah diwajibkan untuk mengisi Borang Penyertaan dan Borang Kebenaran Ibu bapa.
HUBUNGI PEGAWAI MEJA PERTANDINGAN PUAN HAFIZAH MOHAMAD hafizah@btpnsel.edu.my DI 03-55484450 ATAUPUN WHATAPPS 013-223 3373