PANDUAN TEMPAHAN BILIK PERPUSTAKAAN
Untuk Kegunaan Rasmi Pejabat [Mesyuarat / Perbincangan / Lain-Lain Perkara]
① SEMAK KALENDAR TEMPAHAN - Sila klik pada kolum “KALENDAR TEMPAHAN” di atas untuk menyemak tarikh dan masa yang ingin ditempah. Pastikan slot masih tersedia dan tiada pertindihan dengan tempahan sedia ada.
② KLIK UNTUK TEMPAHAN - Setelah memastikan slot yang dikehendaki masih tersedia, sila klik pada kolum “KLIK UNTUK TEMPAHAN” dan lengkapkan Borang Tempahan dengan maklumat yang diperlukan. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat sebelum menghantar permohonan.
③ SEMAK STATUS TEMPAHAN - Selepas borang dihantar, sila semak pada Kalendar Tempahan dan emel yang didaftarkan untuk mengetahui status permohonan:
🟢 TEMPAHAN BERJAYA – Tempahan telah direkodkan dalam Kalendar Tempahan.
🔴 TIADA KEKOSONGAN SLOT – Tempahan tidak berjaya kerana slot yang dipohon tidak tersedia.
④ TEMPOH TEMPAHAN - Tempahan boleh dibuat seawal 7 hari sebelum tarikh penggunaan atau selewat-lewatnya 1 hari sebelum tarikh penggunaan, tertakluk kepada kekosongan slot.
📱 PENGGUNA TABLET / TELEFON - Sila gunakan ikon navigasi ≡ di bahagian atas, bersebelahan logo Unit Pengurusan Pusat Sumber, untuk mengakses menu yang disediakan.
⚠️ PENTING: Sila pastikan status “TEMPAHAN BERJAYA” telah diterima melalui Kalendar Tempahan dan emel sebelum menganggap tempahan telah disahkan.