MENGENAI KAMI
MENGENAI KAMI
Perpustakaan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia atau dikenali sebagai Unit Pengurusan Pusat Sumber merupakan pusat sumber maklumat dan pengetahuan yang menyokong keperluan pembelajaran, rujukan dan pengembangan ilmu kepada semua warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Kami menyediakan pelbagai koleksi, perkhidmatan dan kemudahan bagi memudahkan warga Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia mendapatkan maklumat serta dapat memupuk budaya membaca.
Unit Pengurusan Pusat Sumber mempunyai dua orang kakitangan kader Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang diketuai oleh seorang Penolong Pustakawan Gred S5/S6/S7 dan dibantu oleh seorang Pembantu Pustakawan Gred S1/S2/S3.
Selain itu, perkhidmatan perpustakaan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia turut disokong oleh kakitangan kader Perpustakaan Negara Malaysia yang ditempatkan di dua buah akademi, iaitu:
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Terengganu – seorang Pembantu Pustakawan Gred S1/S2/S3.
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu, Selangor – seorang Pembantu Pustakawan Gred S1/S2/S3.
Penempatan semua kakitangan kader ini dapat membantu menyokong penyampaian perkhidmatan perpustakaan serta memenuhi keperluan maklumat kepada semua warga Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia di Ibu Pejabat dan akademi.
Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan bahan perpustakaan melalui Sistem Automasi Perpustakaan (S-LIB). Pengguna boleh membuat carian bahan melalui WEBOPAC serta mendapatkan maklumat berkaitan koleksi perpustakaan.Â
Perkhidmatan pinjaman bahan bacaan secara berkelompok daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi memenuhi keperluan pembacaan dan pembelajaran warga Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Urusan pinjaman dan pemulangan bahan diuruskan melalui sistem Librarika yang disediakan khusus untuk pengurusan Pinjaman Berkelompok PNM.
Menyediakan khidmat bantuan kepada pengguna dalam mendapatkan maklumat, membuat carian bahan serta mengenal pasti sumber rujukan yang bersesuaian.Â
Menyediakan kemudahan pengimbasan bahan terpilih bagi menyokong keperluan pengguna perpustakaan.Â
Kemudahan komputer dengan capaian internet dan Wi-Fi percuma disediakan kepada pengguna bagi menyokong pencarian maklumat, rujukan digital dan pembelajaran.Â
Merupakan lanjutan daripada Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan yang membolehkan perkongsian dan pembekalan bahan-bahan perpustakaan dilaksanakan dalam kalangan ahli SPP bagi memudahkan akses kepada sumber maklumat.Â