Sesi Libat Urus dengan SPRM
SESI TAKLIMAT "PENGUKUHAN INTEGRITI PENJAWAT AWAM" BAGI PEGAWAI-PEGAWAI KANAN JBPM NEGERI PAHANG TAHUN 2023
Kuantan, 22 Ogos 2023
Satu sesi taklimat bersama SPRM telah diadakan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang. Pengurusan tertinggi jabatan menitikberatkan tentang tahap integriti pegawai terutama Penolong-penolong Pengarah, Ketua-ketua Zon dan Ketua-ketua balai dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin ditempat masing-masing. Taklimat yang bertajuk "Pengukuhan Integriti Penjawat Awam" telah disampaikan oleh Ketua Penolong Kanan Penguasa Mohamad bin Hussain dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
( SPRM ) Negeri Pahang.
Dengan penyertaan hampir semua pegawai di Ibu Pejabat Bomba negeri serta semua Pegawai-pegawai Kanan jabatan memberi impak yang baik terutama dalam urusan pentadbiran. Disamping, mampu meningkatkan kesedaran berkaitan kesan dan akibat dari perbuatan yang menyalahi Undang-undang, semua peserta juga didedahkan dengan ilmu-ilmu berkaitan perundangan yang boleh dijadikan panduan bagi mengelakkan diri dari terjerumus ke arah perbuatan yang menyalahi peraturan termasuk etika sebagai penjawat awam.
Turut serta dalam sesi ini Timbalan Pengarah Bomba Negeri Pahang serta pegawai gunasama jabatan. Diharapkan input yang diperolehi melalui sesi ini mampu meningkatkan lagi tahap integriti kakitangan jabatan serta memberikan kesan persekitaran psikologi yang baik.
Sesi Libat Urus dengan JBPM Terengganu
SESI LIBAT URUS ANTARA COMPLIANCE FUNCTION JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI TERENGGANU DENGAN COMPLIANCE FUNCTION JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI PAHANG BERKAITAN PENAMBAHBAIKAN DOKUMENTASI PENGURUSAN ANTI-RASUAH (ABMS) ISO 37001:2016 JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI PAHANG
Ibu Pejabat JBPM Pahang, Indera Mahkota, 04 September 2023
Satu Sesi Libat Urus Antara Compliance Function Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu Dengan Compliance Function Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang Berkaitan Penambahbaikan Dokumentasi Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) ISO 37001:2016 Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang telah di adakan di Bilik Mesyuarat PGO JBPM Pahang. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh PgKB I Ruhisha bin Haris, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran dan turut serta hadir PgKB I Wan Ahmad Fadillah bin Wan Abd Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran. Manakala JBPM Negeri Terengganu diwakili oleh PgKB I Mohd Khairiri Bin Mat Resad @ Arshad, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Terengganu.
Sesi Libat Urus dengan MENTOR ABMS
SESI LIBAT URUS ANTARA MENTOR DENGAN COMPLIANCE FUNCTION JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI PAHANG BERKAITAN PENAMBAHBAIKAN DOKUMENTASI PENGURUSAN ANTI-RASUAH (ABMS) ISO 37001:2016 JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI PAHANG
Ibu Pejabat JBPM Pahang, Indera Mahkota, 25 Mac 2024
Satu Sesi Libat Urus Antara Mentor ABMS yang telah dilantik secara rasmi oleh YAS Ketua Pengarah JBPM Dengan Compliance Function Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang Berkaitan Penambahbaikan Dokumentasi Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) ISO 37001:2016 Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang telah di adakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Operasi JBPM Pahang. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh PPjB Md Gezani bin Md Ghazi , Timbalan Pengarah JBPM Pahang dan turut serta hadir Cik Balqies Ainey binti Abdul Basik , Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan.