SELAMAT DATANG KE SMITI SAINS BAHRUL ULUM
EDUCATIONAL RESOURCES CENTER
Laman SMITI EduReC ini menyediakan pautan mudah kepada sumber-sumber atas talian bagi memudahkan para guru dan murid untuk akses maklumat, file ataupun link pautan luar berkaitan pembelajaran dan bahan PdPC, pelbagai bahan bacaan umum dan bahan digital (multimedia) dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran di SMITI Sains Bahrul Ulum.
Akses masuk adalah terhad kepada pengguna workspace bahrululum.edu.my. Sila hubungi bahagian ICT untuk mendapatkan id email.
PUSAT PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING CENTER)
(Akses terhad kepada murid dan guru SMITI yang berkenaan)
Pembelajaran Teradun adalah pendekatan yang berpusatkan murid di mana murid boleh mengawal sendiri kadar pembelajaran mereka dan mereka boleh menggunakan pelbagai teknologi dan akses bahan secara atas talian.
Pusat Pembelajaran Teradun mengumpulkan bahan-bahan digital atau atas talian (pautan luar) yang disediakan oleh guru mata pelajaran untuk rujukan murid sebagai persediaan awal mereka sebelum kelas bermula, atau untuk pembelajaran secara kendiri dan pengukuhan (ulangkaji) yang boleh diakses di mana-mana mereka berada.
Tingkatan 1
Tingkatan 2
Tingkatan 3
Tingkatan 4 & 5
PERPUSTAKAAN DIGITAL
(akses terbuka kepada murid dan warga Bahrul Ulum)
Perpustakaan Digital mengumpulkan bahan-bahan ilmiyah digital untuk rujukan murid, guru dan semua warga Bahrul Ulum bagi membantu ekplorasi ilmu yang bermatlamatkan peningkatkan ilmu pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang pengetahuan/ilmu. Ianya memberi ruang luas untuk diakses sama ada di kawasan/waktu sekolah mahupun luar sekolah. Perpustakaan ini menyediakan sumber secara dalaman dan juga link pautan ke laman lain.
PENGKALAN DATA SEKOLAH (eFAIL)
(akses terhad kepada warga Guru dan Pentadbir SMITI sahaja)
Pautan mudah ke bahan digital dan eFail bagi membantu guru dan pentadbir akses maklumat dan menyimpan maklumat secara bersistematik dan cepat. Maklumat ini boleh diakses dalam kawasan sekolah maupun di luar kawasan sekolah
PUSAT SUMBER GURU
(akses terhad kepada warga Guru dan Pentadbir Sekolah)
Pautan mudah ke bahan digital ilmiah dan latihan yang dikumpul bagi membantu guru meningkat pengetahuan dan kemahiran kompetensi mereka secara bersistematik dan cepat. Ia juga mengandungi bahan-bahan rujukan berkaitan kurikulum yang diterbitkan/dari sumber KPM. Maklumat ini boleh diakses dalam kawasan sekolah maupun di luar kawasan sekolah
GARIS PANDUAN KPM
SUMBER BACAAN GURU
BAHAN BANTU MENGAJAR DIGITAL
BAHAN PENINGKATAN KEMAHIRAN & KOMPETENSI GURU