Fun(d) For Life Edisi Uni (FFL-Uni) ialah program rintis yang dibawakan oleh FWD Insurance Berhad dan Arus Academy untuk memperkasa belia warganegara Malaysia daripada latar belakang berpendapatan rendah (18-24 tahun) dengan pengurusan kewangan yang berkesan dan tabiat kewangan yang positif.
Melalui literasi kewangan dan bimbingan, peserta akan dipersiapkan untuk menerima geran pemindahan tunai sebanyak RM3,000 selepas berjaya menyelesaikan tugasan di akhir program.
Kini FFL-Uni telah menghampiri garisan penamat dan kami sedang mencari 60 orang peserta FFL-Uni Kohort 7 yang sedang megikuti pengajian di Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Perak)
Kohort 1
Kohort 2
Kohort 3
Kohort 4
Peserta akan menerima geran RM3,000 di akhir program 3 bulan untuk diuruskan secara berdikari. Di akhir 3 bulan seterusnya, peserta akan dipanggil untuk temuduga untuk melihat penggunaan geran dan impak pemindahan tunai kepada diri.
Daftar untuk sesi info dalam talian untuk tanyakan soalan anda kepada coach Fun(d) for Life Edisi Uni. Tarikh sesi info adalah seperti berikut:
Sesi 1: Rabu, 23 September 2026, 8:00pm - 9:00pm
Sesi 2: Rabu, 21 Oktober 2026, 8:00pm - 9:00pm
Sesi 3: Rabu, 4 November 2026, 8:00pm - 9:00pm
Pautan Google Meet akan dikongsikan selepas pendaftaran.