Fun(d) For Life Edisi Uni (FFL-Uni) ialah program rintis yang dibawakan oleh FWD Insurance Berhad dan Arus Academy untuk memperkasa belia warganegara Malaysia daripada latar belakang berpendapatan rendah (18-24 tahun) dengan pengurusan kewangan yang berkesan dan tabiat kewangan yang positif.
Melalui literasi kewangan dan bimbingan, peserta akan dipersiapkan untuk menerima geran pemindahan tunai sebanyak RM3,000 selepas berjaya menyelesaikan tugasan di akhir program.
Kami sedang mencari peserta FFL-Uni Kohort 3, yang memberi tumpuan kepada pelajar yang berada di Zon Borneo (Sabah & WP Labuan).
Peserta akan menerima geran RM3,000 di akhir program 3 bulan untuk diuruskan secara berdikari. Di akhir 3 bulan seterusnya, peserta akan dipanggil untuk temuduga untuk melihat penggunaan geran dan impak pemindahan tunai kepada diri.
Daftar untuk sesi info dalam talian untuk tanyakan soalan anda kepada jurulatih Fun(d) for Life Edisi Uni. Tarikh sesi info adalah seperti berikut:
Sesi 1: 9 Disember 2025, 8:00pm - 9:00pm
Sesi 2: 11 Disember 2025, 12:00pm - 1:00pm
Sesi 3: 23 Disember 2025, 8:00pm - 9:00pm
Pautan zoom akan dikongsikan selepas pendaftaran.