1.0 TANGGUNGJAWAB PEMOHON/PENGANJUR DEWAN UTAMA
1.1 Pemohon/Penganjur adalah bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan, kemusnahan atau kehilangan peralatan dan kemudahan yang digunakan disebabkan kecuaian Pemohon/Penganjur. Pihak Pejabat Memorial Tun Hussein Onn berhak menuntut ganti rugi.
1.2 Pemohon/Penganjur tidak dibenarkan menambah atau mengurangkan sebarang peralatan teknikal sedia ada di ruang/tempat yang dimohon. Sebarang penambahan perlulah mendapat kelulusan dari Pejabat Memorial Tun Hussein Onn.
1.3 Pemohon/Penganjur boleh dengan persetujuan Pejabat Memorial Tun Hussein Onn untuk membawa perabot dan perkakas-perkakas lain milik Pemohon/Penganjur selain dari yang disediakan oleh Memorial Tun Hussein Onn.
1.4 Pemohon/Penganjur adalah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan di semua bahagian ruang/tempat yang digunakan.
1.5 Pemasangan backdrop pada dinding atas pentas hendaklah dilakukan tanpa menggunakan paku. Backdrop hendaklah ditanggalkan selepas sahaja setiap persembahan selesai dan membersihkan segala kesan yang tertinggal.
1.6 Pemohon/Penganjur tidak dibenarkan menampal/melekat bahan-bahan hebahan seperti poster, brosur atau gambar di mana-mana bahagian dinding, cermin melainkan setelah mendapatkan kelulusan Pejabat Memorial Tun Hussein Onn terlebih dahulu.
1.7 Aktiviti yang berbentuk persembahan hendaklah menyediakan Technical Team sendiri. Pihak Pejabat Memorial Tun Hussein Onn hanya akan menyediakan juruteknik untuk bertindak sebagai penyelia peralatan dan ruang/tempat sahaja.
1.8 Segala penggunaan ruang/tempat dan kemudahan Memorial Tun Hussein Onn dihadkan penggunaannya sehingga masa yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan.
1.9 Pemohon/Penganjur dikehendaki mengeluarkan segala peralatan persendirian termasuk props, set dan semua barang-barang kepunyaan Pemohon/Penganjur daripada ruang/tempat selepas tamat masa penggunaan.
1.10 Pemohon/Penganjur tidak boleh menggunakan mana-mana bahagian ruang/tempat yang tidak ditempah tanpa kebenaran Pejabat Memorial Tun Hussein Onn.
2.0 SYARAT-SYARAT AM
2.1 Urusan persiapan dan susun atur Dewan Utama sebelum dan selepas majlis hendaklah diuruskan oleh Pemohon/Penganjur.
2.2 Setiap persembahan/pertunjukan atau majlis yang memerlukan syarat kelulusan atau permit dari pihak polis atau mana-mana pihak berkuasa perlulah dikemukakan Salinan Permit tersebut kepada Pejabat Memorial Tun Hussein Onn dan Pemohon/Penganjur dikehendaki mempamerkannya di pintu masuk/ruang yang dimohon.
2.3 Semua kawasan bangunan Memorial Tun Hussein Onn adalah kawasan larangan merokok. Minuman keras adalah dilarang sama sekali.
2.4 Persembahan/pertunjukan/majlis mestilah tidak bercanggah dengan hukum Islam atau dasar-dasar kerajaan sedia ada.
2.5 Urusetia Dewan Utama yang menggunakan kemudahan makanan dan minuman, perlu memastikan pihak caterer mengambil sisa makanan sebaik sahaja majlis selesai.
3.0 PEMBATALAN TEMPAHAN
Bahagian Pentadbiran berhak untuk membatalkan tempahan permohonan yang diluluskan sekiranya terdapat majlis/program yang perlu diberi keutamaan.
4.0 PENGGUNAAN
Waktu penggunaan ruang / tempat adalah seperti berikut:
Isnin-Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Ahad /Cuti umum : 8.00 pagi - 5.00 petang
Disediakan oleh:
Pengurusan Memorial Tun Hussein Onn
Seksyen Pengurusan Arkib Negarawan
Bahagian Arkib Negarawan
Arkib Negara Malaysia