AKTIVITI
Resident Access to Apps
AKTIVITI
NOTIS
OKT '25
Gotong-royong laman anggerik
https://www.facebook.com/share/v/1MJ8zamAUD/
_____________________________________________________________________________
SEPT '25
Anggerik Kelong Paradise 😀 12-13 September 2025
https://www.facebook.com/share/p/1GEpcFFrba/
_____________________________________________________________________________
OGOS '25 - Salam sejahtera penduduk LARA, sila jelaskan tunggakan yuran keselamatan dengan segera, jika ada apa-apa pertanyaan atau soalan, sila berhubung terus dengan AJK.
Terima kasih.
https://www.i-neighbour.com/login
AGM 2025
https://www.facebook.com/share/v/17E1mEB8DJ/
Anggerik Ride to Cameron Highland. Enjoy 😎
https://www.facebook.com/share/v/17A7GrfdNT/
_____________________________________________________________________________
2025
Kejohanan bowling Anggerik 2025
Best Couple 2025
Gold : Fizi & Fatihah (484 pts)
Silver : Aiman & Mai (467 pts)
Bronze : Rudi & Zetty (443 pts)
Best Player (M) 2025 - Aiman (269 points)
Best Player (F) 2025 - Syikin (246pts)
___________________________________________________________________________________
2024
Kejohanan bowling Anggerik 2024
Best Couple 2024
Gold : Deris & Nanie (554 pts)
Silver : Bob & Yun ( 524 pts)
Bronze : Ibrahim & Fariza (518 pts)
Best Player (M) 2024 - Mizi (364 pts)
Best Player (F) 2024 - Nanie (272 pts)
NOTIS LARANGAN MEROKOK & VAPE TAMAN PERMAINAN LAMAN ANGGĖRIK
Merokok dan penggunaan vape DILARANG SAMA SEKALI di kawasan taman permainan ini.
Larangan ini bertujuan menjaga kesihatan, keselamatan dan keselesaan kanak-kanak serta semua penduduk.
Tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu yang gagal mematuhi notis ini.
Terima kasih atas kerjasama anda.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTIS PERINGATAN KEPADA PENDUDUK & PENYEWA
LAMAN ANGGGERIK (LA)
Sila ikat kemas semua sampah dan masukkan ke dalam tong sampah dalam keadaan bertutup.
Tindakan ini amat penting bagi mengelakkan sampah:
Dikorek atau dikombah oleh haiwan
Menarik kehadiran anjing liar
Menyebabkan bau busuk dan pencemaran persekitaran
Kerjasama semua penduduk dan penyewa amatlah dihargai demi kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan bersama.
Terima kasih atas keprihatinan anda.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTIS SUMBANGAN SUKARELA PADANG MEDINA SPORTCENTER (MSC)
Dimaklumkan bahawa pihak LARA sedang menjalankan penyelenggaraan Padang Medina Sportcenter (MSC) demi kegunaan dan keselamatan komuniti.
Untuk makluman, LARA kini dalam proses pengurusan dan pengambilalihan tapak padang ini bagi tujuan kegunaan bersama penduduk.
Penduduk yang berhasrat dialu-alukan untuk memberi sumbangan secara sukarela bagi kerja-kerja:
* Penyelenggaraan
* Kebersihan
* Baik pulih asas
🔹 Sumbangan adalah sukarela sepenuhnya
🔹 Tiada kadar ditetapkan & tiada paksaan
Segala sumbangan akan digunakan khusus untuk penyelenggaraan padang.
Terima kasih atas sokongan anda.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTIS HAIWAN LIAR
Kepada semua penduduk..
DILARANG memberi makan atau minum kepada haiwan liar (kucing & anjing) di sekitar Laman Anggerik berkuat kuasa serta-merta.
Sebarang pelanggaran @ laporan dari kejiranan yg masih berdegil, laporan terus kepada pihak berkuasa akan dibuat serta-merta..segala liabiliti akan ditanggung oleh pesalah.
Sekian
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
MAKLUMAN 1: SAMPAH PUKAL
Dimaklumkan bahawa sampah seperti dalam gambar dikategorikan sebagai sampah pukal dan tidak akan dikutip oleh lori sampah harian.
➡️ Kutipan sampah pukal akan dibuat mengikut jadual khas yang ditetapkan oleh pihak berkaitan. - setiap hari rabu
➡️ Penduduk dinasihatkan tidak meletakkan sampah pukal di tepi jalan sesuka hati bagi mengelakkan gangguan, bau busuk dan haiwan liar.
Kerjasama semua penduduk amat dihargai demi kebersihan dan kesejahteraan kawasan.
Terima kasih.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
MAKLUMAN 2: WAKTU BEKERJA RENOVASI RUMAH (MBS)
Dimaklumkan bahawa berdasarkan pengesahan dengan Jabatan Kawalan Bangunan, Majlis Bandaraya Seremban (MBS), waktu bekerja yang dibenarkan untuk kerja-kerja renovasi rumah adalah seperti berikut:
🕗 Isnin – Sabtu:
8.00 pagi hingga 6.00 petang
🚫 Ahad & Cuti Umum:
Tidak dibenarkan sebarang kerja renovasi
Penduduk diminta memastikan kontraktor mematuhi waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.
Kerjasama semua pihak amat dihargai.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERSATUAN PENDUDUK LAMAN ANGGERIK NILAI IMPIAN, NEGERI SEMBILAN (LARA)
(PPM-008-05-21042022)
POS KAWALAN, JALAN ANGGERIK 1, LAMAN ANGGERIK, NILAI IMPIAN,
71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN
E-mail: admin@anggerik.net
Website: www.anggerik.net
A member of Gabungan Persatuan Penduduk Nilai Impian (GPPNI)
Copyright © 2026 Persatuan Penduduk Laman Anggerik (LARA)
Version (V02.09) .All rights reserved.