Survey Pensijilan Halal Malaysia

LATAR BELAKANG

Kaji selidik ini di lancarkan oleh Al Barakah Training Solution Sdn Bhd sebagai Rakan Strategik MIHA-JAKIM untuk mengetahui tahap kesedaran pengusaha industri makanan & minuman khususnya kepada usahawan Mikro, Kecil & Sederhana berkenanan Pensijilan Halal Malaysia.

Tujuan kaji selidik ini juga adalah untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha dalam permohonan Pensijilan Halal Malaysia juga maklumbalas untuk meningkatkan kualiti dan tahap mesra-pengguna sistem Pensijilan Halal Malaysia yang sedia ada.

Hasil daripada kajian ini adalah diharapkan dapat mewujudkan solusi kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh Industri Mikro, Kecil dan Sederhana dalam mendapatkan pengiktirafan Halal Malaysia.

Dengan adanya solusi ini, adalah diharapkan dapat menggalakkan industri halal Malaysia dan memacu ekonomi negara apabila lebih banyak produk-produk dari Malaysia dapat dieksport keluar negara di mana begitu banyak negara luar memerlukan produk-produk makanan berstatus halal dari Malaysia.

Untuk terma & Syarat, sila ke TERMA & SYARAT