PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) TAIPING merupakan salah satu Institusi TVET sektor awam (Kerajaan Malaysia) yang bernaung di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. ADTEC Taiping mempelawa kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang berminat melanjutkan pengajian ke Program TVET (Bidang Kemahiran) peringkat Diploma Teknologi Di ADTEC Taiping, Perak. Pelajar juga akan dipersijilkan dengan DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM) TAHAP 4.
Tujuh (7) Program Diploma Teknologi yang dijalankan di ADTEC Taiping
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Diploma Teknologi Mikroelektronik
Diploma Teknologi Komposit
Diploma Teknologi Jaminan Kualiti
Diploma Teknologi Polimer
Diploma Teknologi Mekatronik
Diploma Teknologi Mekanikal (Pemprosesan Bahan)
Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
Diploma Teknologi Polimer
Diploma Teknologi Mekatronik
Diploma Teknologi Komputer Sistem
YOUTUBE ADTEC TAIPING
Untuk mendapatkan lebih banyak info dan video-video berkaitan aktiviti ADTEC Taiping,
Sila layari "Youtube ADTEC Taiping"
BROSUR 7 PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI
Untuk mendapatkan penerangan lebih jelas berkaitan kursus yang ditawarkan di ADTEC Taiping,
Sila dapatkan info di dalam brosur promosi bahagian seperti di bawah.