JTM International AI & Robotic Carnival 2026 ialah program bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan pelajar, pensyarah, penyelidik, serta pemain industri dalam bidang Robotik dan Kecerdasan Buatan (AI). Karnival ini merangkumi PERAK INTERNATIONAL ROBOT COMPETITION (PIRC) seperti Robot Sumo, Soccer Robot, dan Maze Solving Robot. Selain itu, aktiviti SEMINAR ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) menampilkan AI Pocket Talk & Forum, AI Competition, dan AI Technology Exhibition.

Karnival ini akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 24 - 26 April 2026
Lokasi: ADTEC JTM Kampus Taiping
Anjuran: Jabatan Tenaga Manusia (JTM) & iRobotic