Darul Fahmi Mastering Arabic
Mari Belajar Bahasa Arab Bersama Kami!!
Darul Fahmi Mastering Arabic
Mari Belajar Bahasa Arab Bersama Kami!!
Kelas Online
Mari Belajar Bahasa Arab
Ikuti kelas secara atas talian kami untuk lebih memahami bahasa al-Quran. Menggunakan modul terkemuka yang digunapakai di pusat pengajian Madinah dan di seluruh dunia selama lebih daripada 30 tahun!
Tentang Kami
Darul Fahmi merupakan satu pusat yang menyediakan pengajian Bahasa Arab Madinah secara online. Mula beroperasi pada September 2020.
Kelebihan Sistem Bahasa Arab Madinah
SISTEM BAHASA ARAB MADINAH (دُروس اللغةِ العربيةِ لغير الناطقينَ بها) menggunakan pendekatan yang mudah untuk mempelajari bahasa Arab. Hal ini kerana sistem ini dari awal lagi, secara konsisten memilih dan menggunakan perkataan yang sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian dan perkataan yang kerap digunakan dalam Al-Quran dan Hadis. Perkataan baru akan sentiasa diulang untuk memastikan pelajar mahir menggunakannya dalam ayat yang ringkas dan tepat. Teknik ini diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
SISTEM BAHASA ARAB MADINAH menggunakan bahasa Arab untuk mengajar orang bukan Arab sebagai medium pengajaran. Ia merupakan sistem yang menerapkan penggunaan bahasa Arab secara menyeluruh. Bermula dari hari pertama, pelajar diajar dan digalakkan untuk berfikir dan bertutur dalam bahasa itu sendiri.
Silibus Pengajian yang Ditawarkan
Pengajian mengikut tahap, bermula dari asas hingga mahir.
Kami menyediakan 3 Tahap pengajian:
Tahap 1 : Durus Lughah Jilid 1
Tahap 2 : Durus Lughah Jilid 2
Tahap 3 : Durus Lughah Jilid 3
Kelebihan Mendaftarkan Diri di Darul Fahmi
Menggunakan silibus Madinah, Durus Lughah karya Dr. V. Abdul Rahim yang sangat terkenal.
Dijalankan secara online, melalui Google Meet (Jimat masa).
Rakaman kelas dirakam dan disimpan dalam Google Classroom.
Latihan yang berterusan dan disemak oleh guru.
Nota yang tersusun.
Menggunakan modul latihan anak murid Dr.V Abdul Rahim, iaitu modul latihan Ustaz Taha.
Kelas sebanyak 2 kali seminggu, 8 kali sebulan (kelas kumpulan ramai).
Dan yang paling penting, yuran yang berpatutan.
Soalan-Soalan Lazim
1. Apakah syarat untuk menyertai kelas Bahasa Arab ini ?
Syaratnya ialah berumur 13 Tahun dan ke atas serta boleh membaca al-Quran.
2. Adakah golongan dewasa boleh menyertai kelas ini ?
Ya, golongan dewasa boleh menyertai kelas ini dengan syarat boleh membaca al-Quran.
3. Adakah video kelas live dirakam ?
Ya, video dirakam dan disimpan dalam Google Classroom.
Penulis Durus Lughah
Dr. V. Abdul Rahim ialah pakar Bahasa Arab terkenal dan penulis siri buku tersohor دروس اللغة العربية لغير الناطقين بها dan juga دروس اللغة العربية لغير الناطقين بها للأطفال. Beliau adalah bekas pensyarah Universiti Islam Madinah, Arab Saudi selama 30 tahun dan telah mengajar Bahasa Arab kepada bukan bangsa Arab lebih daripada 50 tahun. Sekarang beliau adalah pengarah di Pusat Terjemahan al-Qur'an di Kompleks King Fahd. Beliau juga telah menulis lebih daripada 30 buah buku Bahasa Arab dari peringkat sekolah rendah hingga peringkat universiti dalam pelbagai subjek Bahasa Arab daripada pembacaan serta nahu peringkat tinggi.
Testimoni Bertulis
Contoh Latihan Pelajar
Keistimewaan kelas online kami ialah: Latihan yang BERTERUSAN, dan disemak oleh para guru!
Video Testimoni
Empat Keistimewaan Sistem 'Durusul Lughatil Arabiyyati lighairin Naatiqina biha'
(1) Sistem ini tidak mengandungi kaedah nahu yang jarang digunakan di dalam al-Qur'an dan Sunnah, begitu juga kaedah nahu yang jarang digunakan dalam perbualan harian bahasa Arab.
(2) Kaedah nahu dalam sistem ini diajar satu demi satu secara teratur, dari yang paling mudah kepada yang seterusnya sehingga pelajar-pelajar boleh menguasai sepenuhnya.
(3) Sistem ini mengandungi latihan amali dan juga soalan latih tubi untuk tujuan mengukuhkan asas.
(4) Sistem ini sangat menitikberatkan pengulangan atau ulangkaji. Kursus Bahasa Arab Madinah mengandungi latihan yang berterusan bagi setiap bab, dan kaedah nahu yang dipelajari pada bab lepas diulang semula. Berbeza dengan buku bahasa Arab lain di mana setiap bab memperkenalkan kaedah nahu yang baharu tetapi pada bab seterusnya, kaedah ini diabaikan dan kaedah lain diperkenalkan. Pendekatan yang mementingkan pengulangan adalah lebih sesuai bagi pelajar yang baru mula mempelajari Bahasa Arab. Kebanyakan buku Bahasa Arab ditulis berdasarkan buku-buku Bahasa Arab klasik yang kebanyakannya ditujukan kepada pelajar Arab sendiri yang memang berbahasa Arab. Di dalam buku-buku tersebut sesuatu kaedah diterangkan sekali lalu tanpa menekankan pengulangan. Menggunakan buku-buku tersebut untuk mengajar pelajar yang bukan berbangsa Arab adalah sangat tidak sesuai. Pengulangan kaedah-kaedah dalam bentuk praktikal, membuat ayat dan perbualan adalah sangat penting. Malangnya kebanyakan program Bahasa Arab yang terdapat sekarang mengajar Bahasa Arab dengan cara yang sebaliknya: mengandungi kaedah-kaedah yang banyak, tiada pengulangan dan tidak praktikal. Sangatlah mustahil untuk menguasai sesuatu bahasa dengan menghafal kaedah kaedah nahu sahaja.
POSTER KELAS BAHASA ARAB
(KUMPULAN RAMAI)
POSTER KELAS BAHASA ARAB
(KEMASUKAN BAHARU)
Hubungi Kami
Sebarang kemusykilan, boleh terus hubungi kami.
amirulfahmi9927@gmail.com
+601157757675 (Whatsapp)