Umum mengetahui bahawa penduduk Jepun dikenali sebagai antara masyarakat di dunia yang mempunyai jangkahayat yang panjang.
Secara puratanya penduduk Jepun hidup sehingga berumur 85 tahun(CIA World Factbook)
Selain daripada itu, penduduk Jepun juga merupakan antara negara yang mempunyai prevalens obesiti terendah di dunia iaitu hanya sebanyak 4.3% sahaja(mungkin penggusti sumo sahaja😄)
Selain itu, penduduk Jepun juga didapati berisiko rendah untuk menghidap kencing manis, stroke, kanser dan sakit jantung
Secara asasnya, hidangan tradisi penduduk Jepun, juga dikenali sebagai "washoku", terdiri daripada hidangan ringkas, segar dan ramuan bermusim
Corak pemakanan ini menyumbangkan diet yang kaya dengan nutrien, yang membantu dalam memberikan manfaat
kesihatan seperti pengawalan berat badan, penghadaman dan kesihatan secara kesuluruhannya.
Berikut adalah kandungan/komponen asas dalam satu hidangan Jepun:
1) Makanan ruji-Nasi yang dikukus atau udon atau ramen(mi berasaskan gandum) dan soba(berasaskan buckwheat)
2) Sup: sup miso yang berasaskan miso(asas kacang soya) dan rumpai laut, kadangkala ditambah stok makanan laut(benito, kerang-kerangan dan sebagainya)
3) Hidangan utama: kebiasaannya ikan, makanan laut dan tauhu. Daging merah, ayam hanya opsyenal sahaja
4) Hidangan sampingan: sayur-sayuran(mentah atau distimkan, gril atau dijeruk) dan buah-buahan mentah dan dijeruk
................Juga hidangan sushi dan sashimi yang terkenal menjadi kegemaran penduduk seluruh dunia
Paling penting sekali, tradisi penduduk Jepun mengamalkan "hara hachi bu" yang bermaksud berhenti makan selepas dah rasa 80% kenyang (Sunnah Rasulullah: 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk air dan 1/3 lagi untuk pernafasan😜)
Jadi kalau kita teliti dan amati, makanan penduduk Jepun sangat kaya dengan serat termasuk serat larut dan tidak larut, tinggi antioksidan daripada rumpai laut dan teh hijau. Selain itu cara masakan mereka yang menggunakan sedikit minyak ,lemak dan gula juga merupakan salah satu punca prevalens penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung,diabetes dan kanser yang rendah di kalangan mereka
Penggunaan sayur-sayuran dan buah-buahan yang difermentasi/dijeruk memberikan sumper probiotik untuk membantu penghadaman dan membantu sistem imun
Ditambah pula penggunaan daging merah yang sangat sedikit dan digantikan dengan ikan, makanan laut dan makanan berasaskan soya untuk pengambilan protein seharian.
Anda nilailah sendiri betapa sihatnya hidangan Jepun kalau dibandingkan dengan hidangan kita 🙂.....
from Facebook Huzaini Abd Halim