Article & Publication

minyak masak mana nak guna?

Mesti ramai yang xpasti minyak masak mana yang sesuai untuk digunakan. ada yang sanggup berhabis duit memilih minyak masak yang mahal, tetapi sebenarnya lebih memudaratkan kesihatan. Jadi mari menjawab persoalan tersebut.

1. Kenal pasti jenis minyak masak.

Terdapat 3 jenis minyak masak yang diklasifikasikan mengikut jenis lemak dalam minyak tersebut.

Jenis 1:

Minyak yang kaya dengan Lemak tepu (saturated fatty acid atau SFA) seperti minyak kelapa atau minyak kelapa sawit.

Jenis 2:

Minyak yang kaya dengan lemak tidak tepu mono (Mono unsaturated fatty acid atau MUFA) yang mempunyai struktur kimia dimana mempunyai 1 double bond. Contoh seperti minyak olive, canola, peanut, dan lain2.

Jenis 3:

Minyak yang kaya dengan lemak tidak tepu poly (Poly unsaturated fatty acid atau PUFA) yang mempunyai struktur kimia dimana mempunyai 2 atau lebih double bond. Contoh seperti minyak sunflower, corn, soybean.

2. Jenis lemak

Seperti yang kita tahu, bagi mengawal cholesterol dalam darah, kita disarankan untuk mengurangkan pengambilan SFA kerana pengambilan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah jantung. Oleh itu, lemak MUFA atau PUFA (orang panggil good fat) semakin popular kerana dipercayai mampu membatu dalam mengawal cholesterol. Tetapi, walaupun ia baik, ia masih lemak dan perlu diambil mengikut keperluan sahaja.

3. Jenis minyak dan Smoke point.

Setiap jenis minyak mempunyai struktur kimia yang berbeza. bagi minyak SFA, struktur kimia lebih stabil berbanding MUFA dan PUFA kerana ketiadaan struktur double bond. Oleh itu, minyak SFA lebih tahan suhu yang lebih tinggi berbanding yang lain. Kita boleh mengukur tahap ketahanan minyak masak kepada suhu menggunakan smoke point (boleh rujuk contoh gambar). Smoke point adalah suhu maksimum bagi sesuatu jenis minyak. Jika kita melebihi suhu tersebut, lemak dalam minyak akan mula oxidized dan boleh mengeluarkan cytotoxic aldehydes/ oxygenated aldehydes iaitu bahan yang boleh merosakkan kesihatan.

3. Minyak mana yang sesuai?

Untuk pengguna professional, mereka akan masak mengikut smoke point. Bagi yang amatur, sy cadangkan, bagi deep fry, gunakan minyak kelapa atau minyak kelapa sawit. Bagi stir fry pula, gunakan minyak blend, canola, sunflower, atau corn oil.

Kesimpulannya, pertama, pilih minyak masak anda dengan betul, Mahal tak bermaksud baik untuk semua. Kedua, walaupun ada lemak yang baik, kita perlu ambil ikut keperluan diri sahaja. benda baik xsemestinya kena ambil lebih.

Sekian.

terima kasih

Rujukan:

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20071648

https://onlinelibrary.wiley.com/…/j.1745-4506.2001.tb00028.x

https://link.springer.com/article/10.1007%2FBF02873539

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24646652

from Facebook Muhammad Hazrin bin Husin