Article & Publication

apple merah vs apple hijau

Ramai orang yang fikir apple hijau lagi baik dari apple merah.

Sebelum cerita perbezaan, secara am nya, apple adalah baik kepada tubuh badan kerana mempunyai banyak khasiat yang unik. Antara khasiatnya adalah serat larut seperti pectin yang membantu mengawal kolesterol jahat LDL. Sudah pasti, dengan serat juga dapat membantu penghadaman kita. Apple juga kaya dengan anti oxidant dan vitamin seperti A, B1, B2, B6, C, E, K, folate dan niacin.

Apa beza antara apple hijau dan apple merah? sila rujuk dalam gambar untuk kandungan nutrien.

1. Kandungan karbohidrat?

Dalam 100 g, perbezaan kandungan karbohidrat bagi apple hijau dan merah adalah sedikit iaitu hanya 2 gram. Pendapat peribadi, 2 gram ini tidaklah memberi kesan yang besar kepada tubuh badan.

2. Kandungan serat?

Ada yang mengatakan serat dalam apple hijau adalah lebih tinggi. Jawapannya betul. Tetapi, berapa perbezaannya?perbezaannya adalah sangat sedikit.

Kesimpulannya, terpulang kepada anda untuk memilih apple hijau atau merah. jangan sebab xde stok apple hijau di rumah, langsung xnak makan buah.

Tips pengambilan apple:

1. Cuci dengan bersih sebelum dimakan.

2. Makan bersama kulit kerana jika dibuang, anda sudah kurangkan beberapa nutrien seperti serat, vitamin C, dan potassium.

3. Boleh dipelbagaikan cara pengambilannya seperti juice, milk shake, pie dan sebagainya.

*Hanya anggaran dan mungkin berbeza bagi setiap individu.

Rujukan bagi bacaan tambahan:

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC442131/

https://onlinelibrary.wiley.com/…/…/j.1750-3841.2009.01356.x

Hazrin Husin

Dietitian

p/s sebab viral pasal warna tudung (pick up line versi nashid), kita cerita warna apple. 😁😂

from Facebook Muhammad Hazrin bin Husin