Perasan tak kalau beli makanan pek di supermarket, ada produk yang tulis tinggi serat atau high fiber. Tapi apa itu serat dan kenapa kita patut ambil serat?
1. Apa itu serat?
Serat adalah karbohidrat yang dijumpai dalam tumbuhan. Serat mempunyai molekul gula yang bersambung antara satu sama lain dan serat berbeza dengan karbohidrat yang lain dimana ia tidak dihadam dan diserap di dalam usus kecil.
2. Apa jenis serat?
Serat ada 2 jenis iaitu serat larut (Soluble fibre) dan serat tidak larut (Insoluble fiber).
3. Apa itu serat larut?
Serat larut adalah serat yang larut pada air dan membentuk gel yang tebal di dalam perut. Ia akan dipecahkan oleh bacteria di usus besar.
Contoh serat larut: Oat, psyllium husk, lobak merah, apple
4. Kelebihan serat larut?
Selain memberi lebih rasa kenyang (baik untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan), serat larut boleh membantu dalam mengurangkan kolesterol (Kolesterol jahat) di dalam darah. Serat larut juga membantu dengan memperlahankan penyerapan karbohidrat ke dalam darah dan membantu mengawal gula dari meningkat terlalu cepat selepas makan. Ia juga baik untuk membantu cirit birit.
5. Apa serat tidak larut?
Serat tidak larut adalah serat tidak larut di dalam air dan akan melalui saluran GI sahaja. Ia akan memukalkan (bulk) najis dan mempercepatkan pergerakan makan dan bahan buangan melalui sistem penghadaman.
contoh serat tidak larut: wheat bran, kacang, kubis bunga, ubi
6. Kelebihan Serat tidak larut?
Selain memberi lebih rasa kenyang (baik untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan), ia juga embantu dalam sembelit, buasir, dan Fecal incontinence.
7. Keperluan serat sehari?
20-30 g sehari
8. Tips pengambilan serat:
a. 3 hidangan sayur sehari dan 2 hidangan buah
b. Setiap hidangan sayur sekurang - kurangnya 80 g atau setengah pinggan kita.
c. Menggalakkan makanan bijirin seperti wholemeal/ wholegrain.
d. Minum air secukupnya seperti 8 gelas sehari (2 liter/ sehari)
e. Kekal aktif dalam kehidupan seharian.
Hazrin Husin
Dietitian
Credit photo: RNI 2017 & google image
from Facebook Muhammad Hazrin bin Husin