DATA PERALATAN ICT
Pengetua / Guru Besar
Semua Sekolah Menengah / Kolej Vokasional
Semua Sekolah Rendah
Negeri Perak
Tuan,
KUTIPAN DATA PERALATAN ICT (ASET ALIH KERAJAAN) SEKOLAH-SEKOLAH DAN KOLEJ VOKASIONAL NEGERI PERAK DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
Adalah dimaklumkan Sektor Pengurusan Maklumat JPN Perak sedang membuat pengumpulan data peralatan ICT (aset alih kerajaan) bagi melengkapkan pangkalan data serta keperluan perancangan pengurusan ICT untuk tahun 2020 hingga 2022.
Oleh itu, pihak tuan dipohon membekalkan maklumat semua peralatan ICT di sekolah dengan melengkapkan borang Data Inisiatif ICT Sekolah-Sekolah Dan Kolej Vokasional Negeri Perak (#perakdataict2020) dalam format Ms. Excel yang dilampirkan.
Bersama ini disertakan surat rasmi dan fail format Ms. Excel berkenaan untuk perhatian dan tindakan pihak tuan.
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Urusetia Selenggaraan Peralatan ICT Sekolah 2020
#selenggaraanICT2020