TUITION ONLINE
MATHS DAN ADD MATHS ~ ONE-TO-ONE / GROUPED
Info:
*Saya mix kan ayat formal dan tidak formal supaya lebih mudahkan pembaca. Kalau ada yang kurang senang, maafkan saya ya*
Bermula pada tahun 2018 sebagai tutor sambilan atau 'freelance' untuk subjek Matematik dan Sains (PT3), namun kini lebih memberi tumpuan pada subjek Matematik (menengah rendah & menengah atas) serta Matematik Tambahan SPM.
Berpengalaman mengajar di sekolah secara berkumpulan, di pusat tusyen dan juga secara one-to one dari zaman saya study hinggalah sekarang, saya dengan berbesar hati ingin menawarkan khidmat kelas online serendah RM 15 sahaja untuk satu jam dan bilangan murid untuk satu kelas hanyalah seramai 5-6 orang murid sahaja. Ini adalah supaya saya boleh memberikan tumpuan sepenuhnya pada murid-murid dan sesi soal jawab boleh dilakukan dengan mudah. Kalau murid terlalu ramai, susah bagi saya untuk fokus pada students lagi-lagi mereka yang lemah dan mereka pun berkemungkinan akan hilang tumpuan nanti akibat kurang berinteraksi.
Tujuan saya yang paling utama sebenarnya adalah untuk membantu para pelajar yang terkesan akibat pandemik COVID-19, di samping dapat terus menggilap skill mengajar saya. Saya faham, dengan keadaan sekarang ni ramai murid yang mengalami masalah dalam pelajaran lagi-lagi dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan yang mana kebanyakan murid rasakan subjek ini adalah subjek yang agak susah. Oleh itu, dengan kelas yang saya tawarkan ni, saya harap dapatlah membantu sedikit sebanyak murid-murid ini.
Untuk makluman, saya berhasrat untuk mengadakan satu sesi kelas percuma bagi murid-murid baru atau newcomers yang berminat. Setelah sesi kelas percuma, kalau ada yang berminat untuk sertai kelas saya, amatlah dialu-alukan. Tapi kalau ada yang rasa tak berminat untuk sertai kelas saya atau merasakan kelas saya tak sesuai, tak mengapa. Saya tak berkecil hati :) hehe. Anda digalakkan untuk mengajak rakan-rakan bagi menyertai kelas online percuma ini secara beramai-ramai ya!
Bagi mereka yang berminat untuk sertai kelas online saya setelah menyertai kelas percuma, satu sesi adalah selama 1 JAM dan berikut adalah senarai harga setiap sesi mengikut subjek :
~Matematik menengah rendah & PT3 :
Sesi one-to-one : NOT AVAILABLE
Sesi berkumpulan (5-6 orang murid): RM 10/jam seorang
~ Matematik SPM :
Sesi one-to-one - RM 30/jam seorang
Sesi berkumpulan (5-6 orang murid) - RM 15/jam seorang
~ Matematik Tambahan SPM :
Sesi one-to-one - RM 40/jam seorang
Sesi berkumpulan (5-6 orang murid) - RM 20/jam
Dengan mengajar juga, saya juga akan dapat terus meningkatkan ilmu saya dalam Matematik disamping dapat mengasah lagi kebolehan saya dalam mengajar. Lagi pula, mengajar ni dah jadi sebahagian dari minat dan passion saya. Bagi saya, pengalaman adalah lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan wang ringgit. Oleh yang demikian, menambah pengalaman adalah misi utama saya sebab pengalaman yang saya ada sebelum ni dari 2018 saya rasakan masih belum cukup. Jadi dengan meneruskan kelas tusyen saya, ianya akan jadi win-win situation lah kan? Saya dapat membantu para pelajar yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berulang-ulang, dalam masa yang sama saya dapat menambah pengalaman saya dan meningkatkan kebolehan saya dalam mengajar.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh menghubungi 011- 6389 9465 (SYAHIR) atau tekan sahaja link ini https://wa.link/7sdtw8
Sekian, terima kasih.
UNTUK MENJADI YANG TERBAIK, KITA HARUSLAH MEMBERIKAN YANG TERBAIK !
#yesaddmathcheras #tusyenberpatutan #supportanakmuda