Pengenalan

YAYAKEM adalah nama singkatan bagi Yayasan Anak Yatim dan Kebajikan Murid Islam Semenyih, Selangor iaitu sebuah organisasi Amal Jariah/NGO yang disebut “Yayasan”.  Yayasan ini telah ditubuh dan didaftarkan pada 15hb. Jun 1992 di bawah Pendaftar Pertubuhan dengan No. Pendaftaran 5120/92-Selangor (PPM0011015061992 ). YAYAKEM beralamat di No 3-2, Tingkat 2, Bangunan YAYAKEM, Jalan Sekolah, 43500 Semenyih

Visi:
Menjadi peneraju dalam membentuk masa depan cerah anak-anak yatim dan miskin melalui pendidikan dan kasih sayang di Semenyih dan kawasan sekitarnya.

Misi:
Menyediakan sokongan pendidikan, moral dan kebajikan kepada anak-anak kurang bernasib baik agar mereka membesar sebagai insan yang berdaya saing dan berakhlak mulia.

Sumber Dana

Kami mengumpulkan dana dari ahli YAYAKEM melalui yuran tahunan dan yuran seumur hidup.

Sumbangan juga diterima melalui orang-orang perseorangan, syarikat-syarikat, agensi kerajaan dan dari pendapatan harta alih dan tak alih YAYAKEM.


Tujuan Dana

Dana ini digunakan untuk membela nasib dan membimbing anak-anak yatim dan miskin diseluruh kawasan Semenyih dan sekitarnya untuk mendapatkan peluang pelajaran yang lebih sempurna. Sumbangan boleh diberikan melalui maklumat dibawah.


No Akaun : Bank Islam 12092010002066 

atau melalui 

https://toyyibpay.com/Sumbangan-YAYAKEM


Syarat Keahlian

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia beragama Islam yang bermastautin diSemenyih atau bekerja diSemenyih dan sekitarnya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun.