via YOUTUBE & FACEBOOK

1 MATA CPD : KOMPONEN ILMU & KEMAHIRAN 4

SPLKPM

E- SIJIL

PENGENALAN

Program Kolaborasi Webinar Antarabangsa : Pendidikan Pencegahan Dadah “Solidariti Memerangi Dadah - Kaedah dan Pelaksanaan Negara Serantau” merupakan satu program kolaborasi di antara Biro Pendidikan PEMADAM Sarawak Bersama Sub Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Majlis Pengarah / Pengetua Kolej Vokasional Sekolah Menengah Teknik (KVSMT) Zon Sarawak, Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (Bahagian Betong), Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) Bahagian Betong dan Unit Psikologi dan Kerjaya Kolej Vokasional Betong. Seiring dengan norma baharu akibat pandemik Covid-19, webinar kini menjadi satu platform kepada saluran penyampaian ilmu pengetahuan dan maklumat kepada seluruh lapisan masyarakat secara atas talian. Oleh itu, penganjuran webinar ini adalah inisiatif dan peluang yang terbaik dalam usaha menyampaikan maklumat tentang pendidikan pencegahan dadah dalam kalangan pelajar sekolah amnya dan seluruh lapisan masyakat khasnya. Selain itu, webinar ini turut melibatkan panel-panel berpengalaman dari luar negara iaitu Indonesia dan Brunei. Pertukaran ilmu dan pengalaman dari negara-negara berkenaan diharapkan dapat dipelajari dan dipraktikkan di Malaysia terutama dalam skop kaedah serta pelaksanaan pendidikan pencegahan dadah. Mata kredit Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM), mata kredit Perkembangan Profesional Berterusan (CPD) Lembaga Kaunselor Malaysia dan E-Sijil Penyertaan peringkat antarabangsa turut diberikan kepada setiap peserta webinar yang berkenaan.

OBJEKTIF

a. Memberi input kepada para pelajar tentang pendidikan pencegahan dadah melalui kaedah dan pengalaman negara luar.

b. Memberi input kepada warga pendidik di sekolah terutama guru bimbingan dan kaunseling dalam penyampaian maklumat tentang pendidikan pencegahan dadah.

c. Meneladani dan mempelajari kaedah dan pelaksanaan pendidikan pencegahan dadah dari negara luar.

d. Memberi pengalaman baharu kepada para pelajar untuk melibatkan diri dalam webinar peringkat antarabangsa bagi pembelajaran melalui pengalaman.


e. Memberi pendedahan kepada semua lapisan masyarakat tentang pendidikan pencegahan dadah dari negara-negara serantau.


f. Mewujudkan semangat bersatu padu semua pihak dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah