Hai! Saya Teacher Vi.

Saya adalah seorang guru Bahasa Inggeris dari SK Holy Trinity, Tawau. Sebagai seorang guru yang percaya bahawa belajar tak semestinya membosankan. Saya mula cipta HTML games percuma untuk pelajar kerana saya mahu mereka seronok belajar – sambil bermain. Tak sangka, dengan bantuan AI seperti Grok, Google AI dan ChatGPT, semuanya jadi lebih mudah dan menyeronokkan.

Saya bukan pakar coding (kot), tapi teknologi AI telah banyak membantu saya ubah idea jadi realiti. Dan kini, saya aplikasikan semula ilmu ini agar lebih ramai pelajar dapat manfaatnya. Ini adalah permulaan, dari hari ke hari games dan kuiz dalam website ini akan ditambah, jadi jangan lupa favoritekan ya!

Kalau anda adalah seorang guru, dan anda pun teringin nak tahu macam mana nak buat game simple tapi fun untuk pelajar, boleh kita sembang-sembang dalam sesi saya nanti. Siapa tahu, anda bakal hasilkan game yang pelajar anda tak sabar nak main!