π¨οΈ Printer khas untuk photobooth
Photobooth kami dilengkapi dengan printer Cetakan Segera berteknologi Dye-Sublimation.
Printer ini mampu mencetak dengan pantas dan media jenis ini lebih tahan dan kalis air.
πΈ Β Kamera dan pencahayaan professional.
Kami menggunakan kamera DSLR berkualiti tinggi dan pencahayaan setaraf studio untuk menghasilkan gambar yang jelas, tajam dan profesional setiap masa. Sama ada dalam bentuk cetakan atau salinan digital.
π Props danΒ backdrop
Kami juga menyediakan pelbagai jenis prop menarik dan backdrop mengikut gaya majlis anda.Β
π¨ Tema Yang Boleh Diubah Suai Mengikut Majlis.
Personalisasikan pengalaman photobooth anda dengan template & guestbook rekaan khas.
πΈ Bergambar sepuas hati
Ambil gambar seberapa banyak yang tetamu mahu. Tiada halangan selagi tidak mengganggu tetamu yang lain.
π¨οΈ Cetakan Segera
Gambar terus siap dicetak! Semua yang bergambar dalam sesi akan menerima salinan masing-masing. Serta extra gambar untuk tetamu lekatkan dalam guestbook bersama ucapan.
π₯ Instant QR Download β Softcopy Gambar Terus ke Telefon Tetamu!
Kami menyediakan pautan QR yang membolehkan tetamu memuat turun gambar mereka secara serta-merta selepas sesi bergambar. Tiada aplikasi diperlukan. Hanya imbas dan simpan!
Antara jenis media yang boleh dimuat turun:
ποΈ Singles β Gambar asal individu/tetamu yang diambil terus dari kamera sebelum ditambah ke dalam template. Saiz ringan dan sesuai untuk dikongsi di media sosial.
πΌοΈ Prints β Versi cetakan bergambar yang telah disusun mengikut template tema majlis. Inilah gambar yang sama seperti versi cetakan fizikal.
π¬ GIFs β Gambar beranimasi (animated) yang dijana dari beberapa tangkapan sesi photobooth. Menyeronokkan dan interaktif!
πΉ Video β Untuk tetamu yang menggunakan perkhidmatan video guestbook, rakaman video mereka juga boleh dimuat turun.
Semua gambar softcopy dari photobooth juga akan dihantar kepada anda (penganjur) selepas majlis tamat β supaya tiada satu momen pun terlepas!
Β
Krew Profesional
π₯Krew kami yang berpengalaman akan membantu sepanjang sesi dari persiapan hingga ke akhir acara untuk memastikan segalanya berjalan lancar dan tetamu anda mendapat pengalaman terbaik.
Dari majlis perkahwinan penuh gelak ketawa, hingga ke majlis korporat yang meriah, photobooth kami telah menjadi tarikan utama dalam pelbagai jenis acara. Biarkan kami bawa sentuhan magis ke majlis anda seterusnya β dan abadikan saat-saat berharga menjadi kenangan seumur hidup.
π οΈ Persediaan Ruang Booth
Ruang dalam bangunan (indoor) β Jika boleh, di bawah bumbung bagi mengelakkan hujan atau gangguan angin pada latar belakang.
Saiz minimum β 8 kaki x 8 kaki (lebih luas, lebih selesa!)
Soket elektrik β Dalam jarak 10 meter dari tapak booth.
Tambahan β Meja & kerusi tambahan untuk ruang bagi tetamu menulis ucapan dalam guestbook.
Pastikan kawasan booth seharusnya tidak menghalang laluan.