Jika seseorang siswa tidak dapat hadir kuliah, ia dikehendaki mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Pegawai Mengawal Pusat atau Timbalan Pengarah.
Siswa tidak dibenarkan mengambil cuti kecuali kecemasan seperti kematian ahli keluarga terdekat dan Cuti Sakit.
Siswa yang mencatat peratusan ketidakhadiran ke kuliah yang tinggi boleh dijatuhkan hukuman dihalang menduduki peperiksaan akhir (BAR) dan gagal subjek berkenaan.
Siswa dikehendaki:
1. Menghadiri kelas/kuliah seperti yang ditetapkan oleh Unit Jadual Waktu.
2. Mengisi borang kehadiran seperti yang ditetapkan oleh pensyarah.
3. Mengisi borang pelepasan kuliah sekiranya tidak hadir ke kelas/kuliah.
4. Memantau rekod kehadiran melalui sistem RESEDIA.
Peraturan Kehadiran Ke Kuliah Dan Cuti
Jika seseorang siswa dikehendaki menghadiri sesuatu kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran lain berhubung dengan program pengajiannya, siswa hendaklah menghadirinya melainkan jika ia mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Pegawai Mengawal Pusat atau Timbalan Pengarah dan melainkan jika hal keadaan tidak mengizinkan ia untuk mendapatkan kebenaran itu terlebih dahulu dan ada sebab atau alasan yang munasabah kerana tidak hadir, dan dalam hal yang demikian siswa itu hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh kemudiannya, memberitahu secara bertulis kepada Pegawai Mengawal Pusat atau Timbalan Pengarah dengan memuaskan hatinya, sebab ia tidak hadir dan mendapatkan kelulusan secara bertulis mengenainya.
(a) Siswa tidak dibenarkan mengambil cuti kecuali kecemasan seperti kematian ahli keluarga terdekat dan apa-apa sebab yang difikirkan sesuai oleh pihak Kolej.
Cuti adalah diluluskan oleh Pegawai Mengawal Pusat dengan siswa menyertakan surat atau dokumen sokongan dan mengisi borang permohonan keluar bermalam yang telah disediakan oleh pihak Kolej.
(b) Pengesahan cuti sakit hendaklah disertakan dengan sijil sakit dari hospital atau klinik kerajaan atau swasta dan hendaklah diserahkan sekembalinya ke kelas atau kuliah kepada Pegawai Mengawal Pusat atau TPHEP melalui Jawatankuasa Displin Pelajar.
Memalsu / menipu / menyalah guna / mengedar / menjual sijil cuti sakit hospital atau klinik atau apa-apa dokumen yang dikawal dalam apa cara sekalipun adalah SATU JENAYAH.Â
Sesesorang siswa yang telah disabitkan bersalah oleh mahkamah atas apa-apa kesalahan jenayah boleh ditamatkan pengajiannya dan disingkirkan serta merta daripada Kolej.