"Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu: Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini. "
(Imam Ghazali)
PAKAIAN DAN PENAMPILAN DIRI
Semua siswa hendaklah berpakaian yang sesuai dengan amalan biasa masyarakat Malaysia. Selaku bakal para intelek negara, siswa perlulah sentiasa mengamalkan pemakaian pakaian yang bersih, kemas dan bersopan semasa berada di Kolej.
Pakaian dan penampilan diri seperti yang digambarkan di bawah mesti dipatuhi dari semasa ke semasa.
Catatan: Tatacara berpakaian selain daripada yang digambarkan di dalam peraturan ini hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak Unit Hal Ehwal Pelajar.