MAJLIS SUMBANGAN DUIT RAYA 1446H
26 MAC 2025 (RABU)
Majlis Sumbangan Duit Raya Anjuran UPsK
Majlis Sumbangan Duit Raya kepada pelajar kategori asnaf anjuran Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) adalah salah satu inisiatif tahunan yang bertujuan untuk meraikan dan menggembirakan pelajar yang menerima sumbangan, terutamanya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Dengan sumbangan ini, UPsK berharap dapat menyemarakkan kegembiraan dan memberikan sokongan moral kepada pelajar, sekaligus mengeratkan lagi semangat kekeluargaan dalam kalangan warga kampus. Program ini juga memberi peluang kepada pihak universiti untuk terus menunjukkan keprihatinan dan kepedulian terhadap keperluan komuniti pelajar dari golongan asnaf, sambil memastikan mereka merasa dihargai dan dihormati dalam suasana perayaan yang penuh makna dan keceriaan.
17 MAC 2025 (ISNIN)
Slot ini dijalankan di dalam Kursus Pemantapan Kompetensi Pensyarah Muda dan Staf Baharu Siri 1 Tahun 2025 bertarikh 17 Mac 2025 (Isnin) bertempat di Bilik Seri Tanjung IPGK PM. Seramai 22 orang mentor dan 24 orang menti terlibat dalam program ini. Slot yang dijalankan berfokus kepada penyerahan fail mentor/ menti dan tatacara pengisian pelaporan pementoran yang perlu dilengkapkan kelak.
BENGKEL TERAPI MUZIK (GAMELAN)
13 MAC 2025 (KHAMIS)
Bengkel Terapi Muzik (GAMELAN) Anjuran UPsK
Disampaikan oleh :
Dr. Amran bin Aris
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) PELAJAR PISMP AMBILAN JUN 2021/JULAI 2025
10 FEBRUARI 2025 (ISNIN)
Slot bersama UPsK - Ujian Psikometrik dan Integrasi Kumpulan
Disampaikan oleh :
Pn. Siti Ainani binti Abd Razak
Pn. Noratiqah binti Sulaiman
PROGRAM OUTREACH UPSK FEBRUARI 2025
Pada hari Khamis bersamaan dengan 6 Februari 2025, Kaunselor Pelatih Unit Psikologi dan Kaunseling telah menganjurkan Program Outreach UPSK Februari 2025 bertempat di Foyer Anjung Hikmah, IPGMK PM. Para pempamer program ini merangkumi pelbagai pihak termasuklah LPPKN, AKPK, AADK, JAIM dan juga Kolej Komuniti Kota Melaka. Para pempaper dijemput bagi mengadakan pelbagai pameran dan juga perkhidmatan untuk para staf, pensyarah serta para pelajar IPGMK PM. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memperkenalkan Unit Psikologi dan Kaunseling kepada seluruh warga IPGMK PM. Semoga perkongsian yang diajukan dapat memberi manfaat kepada semua.
'MENEROKA DUNIA KECELARUAN GENDER : HAK, ISU DAN PENYELESAIAN'
Pada 23 Januari 2025, satu webinar bicara sejahtera telah dianjurkan oleh Kaunselor Pelatih, Unit Psikologi dan Kaunseling, IPGMK PM. En. Muhamad Syamiezy Sidek yang merupakan pensyarah kaunseling dari UNIMEL telah dijemput untuk menyampaikan perkongsian pada kali ini. Webinar ini telah dijalankan secara atas talian yang disertai oleh wakil-wakil setiap unit PPISMP & PISMP, PRSd, pensyarah dan staf IPGMK PM serta tidak ketinggalan turut dikuti oleh pelajar dari IPG Kampus dan IPTA/IPTS yang lain. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Pada 3 Januari 2025, bertempat di Dewan Tun Fatimah, IPGMK PM, Unit Psikologi dan Kaunseling telah menyampaikan maklumat berkaitan pengurusan UPSK dalam Taklimat Pengurusan dan Pentadbiran Tahun 2024 kepada semua pensyarah, pegawai pengurusan dan staf IPGMK PM. Maklumat tersebut telah disampaikan oleh Pn. Siti Ainani binti Abd Razak (Ketua Unit Psikologi dan Kaunselling).
LAWATAN KERJAYA
SK Sri Tangkak, Johor
7 Januari 2025
SUMBANGAN PROFESIONAL
Program Ceramah Persediaan dan Cabaran ke Sekolah Menengah (Murid Tahun 6)
SK (P) Durian Daun
14 Januari 2025