PENGENALAN

Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam kalangan pensyarah, anggota kumpulan pelaksana di IPGMK PM. UPsK juga bertanggungjawab mewujudkan perkhidmatan kaunseling yang profesional, efektif dan berkualiti di samping membantu meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan emosi dan perkembangan psikologi setiap individu.  Selain itu, UPsK juga mempunyai dua agen penggerak iaitu Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan Pembimbing Rakan Siswa Pendidik (PRSd) yang bereperanan membantu UPsK dalam memberikan khidmat kaunseling kepada semua warga IPGMK PM.