Dapatkan rujukan daripada rakan atau kenalan yang pernah mengikuti trip kembara yang dianjurkan oleh agensi pelancongan tersebut. Tanya mereka tentang layanan dan ‘input’ yang mereka dapat daripada agensi tersebut. Lihat macamana respons peserta travel selepas balik daripada trip. Jika banyak pujian daripada mereka, sudah pasti syarikat agensi pelancongan itu terbaik. Pasti akan ada seorang dua yang tidak berpuashati dengan syarikat agensi pelancongan setelah mereka mengikuti trip. Itu perkara biasa. Tapi kita tengok juga adakah itu ‘kes terpencil’ ataupun kes regular. Jika kes terpencil kita boleh simpan tepi kerana ia hanya mewakili peratusan kecil sahaja daripada respons keseluruhan. Kalau agensi pelancongan tersebut ada media sosial, tengok komen followers mereka. Kalau kat Facebook Page kita boleh tengok bahagian review page tu. Tengok apa komen orang yang pernah pergi dengan mereka. Tengok juga berapa ramai yang sudah menjadi regular customer dan sudah buat trip ulangan dengan agensi tersebut. Jika ramai yang buat trip ulangan, ia memberi maksud bahawa syarikat travel tersebut benar-benar terbaik.
Tips 2: Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia
Periksa lesen mereka. Pastikan mereka berdaftar sebagai syarikat yang sah untuk perniagaan pelancongan mereka. Ini boleh memastikan mereka dipercayai. Ini adalah kerana apabila mereka telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia, mereka akan dikawal selia oleh badan kerajaan tersebut. Segala masalah yang timbul, kita boleh mengadu kepada kementerian pelancongan. Mereka sekurang-kurangnya dapat membantu kita menyelesaikan masalah yang timbul (jika ada). Lesen ini juga menandakan agensi tersebut benar-benar serius dan mempunyai kewangan yang baik kerana mereka perlu memperbaharui lesen tersebut secara tahunan.
Lagi lama pengalaman syarikat tersebut ditubuhkan lagi bagus. Ada sesetengah syarikat agensi pelancongan adalah syarikat baru. Tetapi owner dan staf syarikat tersebut sudah mempunyai pengalaman yang lama. Ini juga boleh diambil kira. Pengalaman mereka yang lama memberi gambaran tentang keseriusan mereka dalam perniagaan mereka. Lamanya syarikat mereka di pasaran memberi gambaran bahawa syarikat mereka mendapat sokong pelanggan yang ramai. Jika tidak mana mungkin mereka dapat bertahan dalam industri.
Ini juga penting kerana tour leader ni lah orang yang akan sentiasa bersama-sama kita khususnya trip ke luar negara. Segala maklumat tentang tempat yang dilawati akan disalurkan kepada kita melalui mereka yang banyak pengalaman. Pengalaman mereka juga akan memudahkan perjalanan kita di sana nanti. Kalau tour leader ada ilmu agama pun bagus juga. Boleh la dia bagi tazkirah sedikit sebanyak di sepanjang trip.
Antara faktor lain juga adalah seperti pilihan penerbangan, hotel dan makanan yang disediakan di sepanjang trip. Jika perkara-perkara ini adalah yang terbaik untuk kita, maka bolehlah pilih agensi pelancongan ini.