Modul 1 :
Modul 1 memberi pendedahan kepada konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dengan mengaitkan kepada PPPM. Peranan pemegang taruh dan pemimpin pertengahan sangat dititikberatkan dalam melaksanakan TS25. Untuk memperkukuhkan peranan tersebut, bimbingan dan pementoran perlulah menjadi amalan biasa dalam sekolah TS25.
Modul 2 :
Modul 2 memberi penekanan kepada pembinaan keupayaan dan kapasiti pemimpin sekolah untuk mengupayakan pemimpin pertengahan dalam menggerakkan program transformasi di sekolah masing-masing.
Kemahiran menganalisis dan menginterpretasi data dimantapkan dalam kalangan peserta supaya mereka berupaya memacu perubahan dan menilai tindakan penambahbaikan di sekolah berfokuskan data menggunakan PinTaS. Bagi memastikan pelaksanaan proses penambahbaikan dilaksanakan dengan berkesan di sekolah, para peserta juga dilatih menggunakan OPPM sebagai alat yang cekap untuk memantau dan mengawal pelaksanaannya.
Dalam masa yang sama adalah diharapkan komuniti pembelajaran profesional dilaksanakan dalam kalangan warga sekolah bagi meningkatkan kualiti PdP untuk memacu perubahan di sekolah masing-masing
Modul 3 :
Modul 3 ini memberi penekanan kepada elemen-elemen penting berkaitan dengan pedagogi guru yang menjana kemenjadian murid.
Fokus modul ialah amalan dan pendekatan pedagogi abad ke-21, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi, menggunakan pelbagai gaya pembelajaran, mengaplikasikan pentaksiran berterusan dan Three-Part Lesson ke arah pembelajaran berkesan.
Peserta dilatih untuk menghasilkan Three-Part Lesson yang berkesan dengan mengambil kira elemen-elemen tersebut. Modul ini boleh merangsang transformasi sekolah melalui peningkatan profesionalisme guru dan pembelajaran murid.
Modul 4 :
Modul 4 (Persekitaran Pembelajaran Profesional) merupakan kesinambungan daripada modul terdahulu iaitu Modul 1 (Bimbingan & Pementoran), Modul 2 (Menerajui Kepimpinan) dan Modul 3 (Menerajui Pembelajaran).
Modul 4 merangkumi tiga bahagian iaitu konsep persekitaran pembelajaran, menganalisis persekitaran pembelajaran di sekolah dan peranan pemimpin pertengahan. Kerangka teras pembelajaran profesional dan Model inkuiri pembelajaran profesional dikemukakan untuk membantu peserta mengenal pasti bidang fokus pembelajaran profesional dalam kalangan guru selaras dengan idea utama bahawa guru adalah nadi transformasi di sekolah.
Peranan pemimpin pertengahan untuk membina persekitaran positif di sekolah dengan menyokong pembelajaran profesional guru.
Modul 5 :
Peserta-peserta dapat membuat refleksi tentang semua tugasan yang telah dibuat di sekolah. Dalam hal ini, refleksi bermaksud peserta-peserta akan mencurahkan pemikiran, pandangan, pengalaman, kepercayaan, pemerhatian dan pendapat terhadap tugasan Modul 1, 2, 3 dan 4. Tugasan-tugasan ini telah dilaksanakan di sekolah.
Pembelajaran yang diperoleh daripada modul-modul 1, 2, 3 dan 4 serta tugasan berkaitan akan membolehkan peserta-peserta dan sekolah memacu perubahan dengan lebih berkesan. Mereka juga akan dapat mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan yang bersesuaian. Seterusnya mereka boleh melaksanakan penambahbaikan yang telah ditetapkan.
Modul 7 :
Dibina berdasarkan kerangka yang dikemukakan oleh Michale Fullan iaitu New Pedagogies (NP) for deep learning.
Fokus adalah kepada pedagogi baharu atau kontemporari pedagogi yang memasukkan ciri 6C bagi menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Elemen Digital Tools & Resources merupakan enabler yang merangsang pembelajaran bermakna khususnya dalam aspek mewujudkan jaringan kolaboratif antara guru, murid dan komuniti.
Teknologi boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja apabila perlu.
Guru dan murid terlibat secara aktif dalam PdP, sama-sama menentukan apa yang dipelajari.
Teknologi yang akan digunakan dan cara terbaik untuk mencipta dan menggunakan ilmu baharu dalam kehidupan.
Modul 8 :
Modul 8 memberi pendedahan kepada konsep Pentaksiran Bilik Darjah secara harian (day-to-day) dan Pentaksiran Bilik Darjah Berasaskan Projek. Dalam pelaksanaan Modul 8 ini penekanan diberikan terhadap proses perancangan aktiviti PdP yang dibuat berasaskan pertimbangan profesional yang dianalisis berdasarkan data sedia ada.
Perancangan dan pelaksanaan PdP berasaskan projek dibangunkan bagi mencapai kemahiran 4C + 1N yang berpusatkan kepada penglibatan murid secara aktif dalam proses PdP. Kemantapan proses ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan kualiti pelaksanaan dibuat melalui proses pemantauan yang berkesan. Semua pihak di dalam persekitaran sekolah perlu memainkan peranan secara efisyen dan efektif bagi membangunkan persekitaran pembelajaran positif. Pelaksanaan yang berkesan dalam PBD perlu menjadi amalan biasa dalam sekolah TS25 bagi menjamin pencapaian matlamat Program TS25 ke arah kemenjadian murid.
Selepas mengikuti modul ini, peserta dapat:
Mengaplikasikan pentaksiran bilik darjah yang bermakna
Menggunakan data dalam membuat pertimbangan profesional, membuat keputusan, memberi maklum balas dan merancang tindakan susulan
Menggunakan aktiviti projek sebagai PBD
Mengaplikasikan pemantauan dalam PBD yang berkualiti