KATEGORI B : WARGA KERJA KKM
TERMA DAN SYARAT
PERTANDINGAN TIKTOK TOLAK UBAT TIDAK SAH (TOBATS)
KATEGORI B : WARGA KERJA KKM
PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini terbuka kepada :
Kategori B : Warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia.
Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan.
Penyertaan adalah percuma.
Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) video, tetapi hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja.
Video yang dihasilkan adalah antara 30 hingga 90 saat, resolusi 1080p.
Kandungan video yang dihasilkan adalah berkaitan dengan Kempen Tolak Ubat Tidak Sah (TOBaTS).
Video yang dihasilkan mestilah karya asli peserta.
Video yang dihasilkan tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif berkaitan 3R (race,religion,royalty), politik, keganasan dan sebagainya.
Peserta juga diingatkan untuk membawa mesej positif dan menjaga tata kelakuan dalam video yang dihasilkan dan menjaga nama baik institusi atau jabatan masing-masing.
Semua video yang dipertandingkan akan menjadi hak milik Penganjur. Peserta tidak memiliki sebarang hak atau tuntutan terhadap video yang telah dikemukakan kepada penganjur.
Dengan menyertai pertandingan ini, peserta dianggap bersetuju untuk memberikan hak cipta video kepada Penganjur serta membenarkan Penganjur untuk mengubahsuai, menggunakan semula, menyiarkan atau menerbit video dalam apa jua bentuk media atau medium sama ada dalam atau luar negara bagi tujuan penerbitan, pemasaran, promosi, komersial dan sebagainya, tanpa sebarang notis atau pembayaran/royalti kepada peserta.
Dengan menyertai pertandingan ini juga, peserta dianggap secara automatik mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen dalam penghasilan video tersebut tidak melanggar hak cipta (misalnya menggunakan muzik, video, atau gambar tanpa izin) mana-mana pihak ketiga dan/ atau undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga/ undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
Penganjur mempunyai kuasa mutlak dan berhak untuk meminda mana-mana terma dan syarat pertandingan serta membuat apa-apa keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah pada bila-bila masa.
Setiap penyertaan akan dinilai oleh panel juri yang dilantik. Penganjur akan memuat naik video yang telah disenarai pendek ke Laman Tiktok dan Facebook ‘Scan Dulu Baru Beli’ bagi proses undian ‘Like’ dan ‘Share’.
Video akan dinilai dari aspek berikut :
Ketepatan Mesej Yang Disampaikan
Kreativiti (Suntingan, Sinematografi, Penyampaian)
Jumlah Like & Share
Keunikan (Idea & Originality)
Panel juri berhak untuk membatalkan penyertaan peserta sekiranya didapati tidak mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan.
Keputusan juri adalah muktamad.
TEMPOH PERTANDINGAN
Tarikh/ tempoh penyertaan : 14 November – 6 Disember 2024
Tarikh tutup penyertaan: 6 Disember 2024 (11:59 malam)
Video terbaik dari setiap kategori akan disenarai pendek untuk undian “Like” di Facebook dan Tiktok ‘Scan Dulu Baru Beli’,
Tarikh Undian : 12 - 18 Disember 2024
Tarikh keputusan diumumkan: 24 Disember 2024 (rujuk media sosial rasmi Scan Dulu Baru Beli)
KAEDAH PENYERTAAN
Peserta ‘Follow’ Laman Tiktok Scan Dulu Baru Beli ‘sdbb_official’.
Peserta mengisi borang penyertaan di laman web https://www.tobats.info atau https://pharmacy.moh.gov.my/tobats/
Peserta hendaklah mengisi borang menggunakan e-mel rasmi KKM (Contoh: abcdefg@moh.gov.my), sebagai bukti peserta merupakan warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia.
Peserta memuat naik video di aplikasi Tiktok peserta dengan hashtag #tolakubattidaksah #tobats
Peserta memasukkan pautan video TikTok yang dipertandingkan di ruangan yang disediakan di borang penyertaan.
Akaun TikTok peserta perlu ditetapkan pada mod ‘PUBLIC’.
HADIAH PERTANDINGAN
Kategori B : Warga Kerja Kementerian Kesihatan Malaysia
Hadiah Pertama : Voucher Tunai Bernilai RM500
Hadiah Kedua : Voucher Tunai Bernilai RM300
Hadiah Ketiga : Voucher Tunai Bernilai RM150
Saguhati : Voucher Tunai Bernilai RM50 bagi 5 pemenang
Paling Banyak Like & Share : Voucher Tunai Bernilai RM100
Pilihan Juri : Voucher Tunai Bernilai RM100
Dah baca syarat-syarat pertandingan dengan teliti?
Setuju dengan segala TERMA & SYARAT PERTANDINGAN yang kami tetapkan?
🔥 Tak sabar nak tunjuk bakat dan hasilkan video paling epik? 🚀
Klik "YA" sekarang untuk ke Borang Penyertaan Pertandingan dan rebutlah peluang untuk menjadi JUARA! 🏆🎉