a.Tempoh Virtual Run ini adalah bermula pada 13 Julai 2022 sehingga 13 Ogos 2022.
b. Peserta dikehendaki melengkapkan Virtual Run ini dalam SATU rekod larian sahaja.
c. Semua peserta kadet yang ingin menyertai TKRS Virtual Run ini mestilah dalam keadaan sihat tubuh badan.
d. Peserta DIWAJIBKAN memakai baju t-shirt TKRS semasa menyertai pertandingan ini. Sekiranya gagal untuk memakai baju tshirt TKRS maka penyertaan peserta akan dibatalkan.
e. Peserta juga mesti memakai kasut sukan semasa menyertai pertandingan ini.
f. Peserta perlu menggunakan aplikasi STRAVA, GARMIN, SUUNTO dan sebagainya untuk merekodkan jarak dan tempoh masa larian.
g. Peserta juga boleh menggunakan ‘treadmill’ untuk membuat larian ini dan peserta juga perlu merekod jarak larian di atas ‘treadmill’ beserta tempoh masa.
h. Setelah peserta tamatkan larian sejauh 2.0KM, peserta diminta menghantar bukti rekod larian (screenshot) ke pautan yang diberikan oleh penganjur.
i. Pingat pemenang dan E-sijil akan diberi selepas pengesahan dan pengumuman oleh pihak penganjur.