1) Pertandingan ini dilakukan secara individu.
2) Terbahagi kepada 6 kategori :
a. L10; b. P10; c. L11; d. P11; e. L12; f. P12
3) Durasi video – tidak melebihi 3 minit. (termasuk intro)
4) Setiap individu diwajibkan melakukan semua pergerakan mengikut turutan seperti berikut :
a. Larian Zig Zag (Pergi dan Balik )
b. Halangan Berpagar (Pergi dan Balik)
c. Lompatan Gelung (Pergi dan Balik)
d. Meniti Halangan (Pergi dan Balik)
5) Perlakuan aktiviti pergerakan adalah dalam satu rakaman video yang berterusan.
6) Rakaman video tidak boleh dipotong atau disunting. Namun ,
kesan khas grafik dibenarkan (muzik, caption dsb).
7) Peserta diwajibkan memakai pakaian T-Shirt TKRS. Peserta yang tidak memakai T-Shirt TKRS, penyertaan video akan dibatalkan dan tidak akan dinilai.
8) Peserta boleh menggunakan satu atau lebih lagu di dalam video pergerakan kecergasan ini.
9) Jarak dari peserta dengan halangan pertama ialah 3 meter. Jarak@Panjang bagi setiap halangan 10 meter.
10) Maksud 4 set larian ialah setiap peserta wajib lalui 8 kali halangan tersebut.