Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) mengorak langkah ke hadapan dalam usaha menjayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Justeru, PSAS telah menawarkan program Sijil Asas Tahfiz Al-Quran dan ianya terbuka kepada semua pelajar yang berminat. Program ini merupakan usaha sama di antara Politeknik Malaysia dengan pihak Darul Quran, JAKIM. Program Sijil Asas Tahfiz Al-Quran JAKIM-Politeknik Sultan Azlan Shah ini telah diberi kelulusan oleh Lembaga Darul Quran dalam persidangan pada 12 Julai 2018. Program ini telah bermula pada Sesi Disember 2018.
Selain itu, program ini merupakan wacana keseimbangan ilmu ke arah melahirkan generasi Muslim yang holistik dan global. Ianya merupakan usaha untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
INFO PROGRAM
TEMPOH PENGAJIAN:
4 Semester
PENGANUGERAHAN:
Diploma daripada program politeknik (bidang pengajian masing-masing) dan SIJIL ASAS TAHFIZ AL_QURAN JAKIM-POLITEKNIK.
Pelaksanaan program menggunakan sepenuhnya kurikulum Politeknik Malaysia dan Darul Quran, JAKIM.
PROGRAM POLITEKNIK YANG TERLIBAT
SYARAT KEMASUKAN
1. Pelajar berdaftar sebagai pelajar di Politeknik Sultan Azlan Shah
2. Kelas Peralihan (Persediaan) kepada pelajar Semester Satu (1) selama satu semester.
3. Program pengajian tahfiz bermula kepada pelajar Semester Dua (2).
4. Lulus ujian bertulis dan temuduga.
5. Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
6. Tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan hafalan Al-Quran
7. Keutamaan diberikan kepada pelajar yang berminat dan komited sepenuhnya.
SEMESTER vs KURSUS vs JAM KREDIT
JADUAL HARIAN KELAS
LOKASI:
PUSAT ISLAM, POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
MASA:
PAGI: 7.00 pagi hingga 8.30 pagi: HAFAZAN / TASMI'