Certified by :
Motto Tadika
MENDIDIK DAN MEMIMPIN
Visi Tadika
MELAHIRKAN GENERASI CEMERLANG YANG BERANI DAN BERILMU
Misi Tadika
MEMBERIKAN PENDEDAHAN KEPADA ANAK DIDIK DENGAN PELBAGAI MAKLUMAT DAN ILMU SECARA FORMAL ATAU TIDAK FORMAL MELALUI PELBAGAI KAEDAH PENGAJARAN
BINGKISAN MESRA DARI GURU BESAR
Sesungguhnya anak-anak merupakan aset yang paling penting di dalam sesebuah intitusi keluarga khususnya dan juga aset terpenting negara amnya. Justeru itu,pendidikan awal kanak-kanak berperanan untuk membentuk kanak-kanak seawal usia dengan teknik dan kaedah tertentu yang dapat membantu mereka ke arah pembentukan akhlak dan peribadi yang terdidik. Kanak-kanak harus didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan serta maklumat agar perkembangan fizikal, emosi, bahasa, akal dan rohani mereka dapat berkembang dengan baik dan seimbang.
Kepekaan ibubapa dalam hal pembelajaran kanak-kanak ini amatlah penting dan langkah bijak tuan/puan memilih TADIKA INTELEK UTAMA amatlah kami hargai. Sebagai pendidik,kami akan cuba sedaya upaya untuk memberikan ilmu yang terbaik kepada anak didik kami di tadika ni dengan memberikan pelbagai variasi ilmu kepada mereka.
Harus diingatkan bahawa memberikan ilmu yang sempurna baik dari segi Fardhu Ain mahupun Akademik adalah hak mutlak bagi seorang kanak-kanak. Tempat yang bersih, ceria dan kondusif serta teratur juga antara faktor yang menyumbang ke arah pembentukan cara hidup dan budaya kerana mereka akan terdidik dengan satu persekitaran yang baik agar dapat diguna pakai cara dan budaya yang diterapkan apabila mereka dewasa kelak.
Oleh itu, marilah kita sama-sama berganding bahu dengan satu matlamat agar anak-anak kita suatu hari nanti menjadi insan yang berjaya di sisi Allah, warganegara yang berguna kepada masyarakat dan generasi yang cemerlang di dunia dan akhirat. Insya 'Allah.
Sila layari laman facebook page kami di bawah untuk melihat lebih banyak aktiviti dijalankan