Selamat Datang ke Laman Web Rasmi

AZLAN ABDUL AZIZ

(STATISTICIAN ARAU)

Beliau merupakan pensyarah kanan di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis. Memiliki Diploma Statistik, Ijazah Sarjana Muda (Statistik) dan Ijazah Sarjana (Statistik Gunaan) dari Universiti Teknologi MARA. 

Kepakaran beliau adalah Statistical Modelling, Time Series Analysis & Forecasting, Statistical Education dan Optimization. Bergiat aktif dalam bidang penyelidikan dengan memperoleh geran penyelidikan di peringkat nasional, penerbitan artikel di jurnal berindeks dan telah memenangi beberapa pingat di pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Disamping itu juga, beliau telah dijemput sebagai penceramah jemputan di Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah, Kolej Profesional MARA Melaka, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis dan Angkatan Belia Islam Malaysia, Perak.

Beliau telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2016 & Tahun 2022.

Beliau boleh dihubungi: Whatsapp [+6049882891]