SOALAN LAZIM
SOALAN LAZIM
PERAKUAN PEMBAHARUAN TAHUNAN (PPT)
Soalan 1
Bilakah tarikh mula dan tarikh akhir menghatar borang permohonan Perakuan Pembaharuan Tahunan (PPT) Penolong Pegawai Perubatan melalui Business Licensing Electronic Support System (BLESS) ?
Tarikh mula dan tarikh akhir menghantar permohonan PPT melalui BLESS ialah bermula pada bulan Januari tahun semasa dan berakhir pada bulan Disember tahun berikutnya setiap tahun. Contoh :- Permohonan PPT/ARC 2016, permohonan bermula Januari 2015 dan berakhir Disember 2016.
Soalan 2
Bilakah jangkamasa tarikh permohonan Perakuan Pembaharuan Tahunan Penolong Pegawai Perubatan yang dikecualikan Fi lewat ?
Tarikh permohonan PPT yang dikecualikan Fee lewat bermula Januari hingga 30 September tahun semasa setiap tahun. Contoh :- Permohonan PPT/ARC 2016, permohonan bermula Januari 2015 hingga 30 September 2015.
Soalan 3
Bilakah jangkamasa tarikh permohonan Perakuan Pembaharuan Tahunan Penolong Pegawai Perubatan yang dikenakan Fi lewat ?
Tarikh permohonan PPT yang dikenakan Fi lewat bermula Oktober tahun semasa hingga 31 Disember tahun berikutnya. Contoh :- Permohonan PPT/ARC 2016, permohonan bermula Oktober 2015 hingga 31 Disember 2016.
Soalan 4
Permohonan Perakuan Pembaharuan Tahunan dari sektor manakah yang dikenakan Fi proses dan berapakah jumlah bayaran Fi proses yag dikenakan ?
Fi proses permohonan PPT hanya dikenakan sebanyak RM10.00 daripada sektor Swasta manakala sektor Awam dikecualikan Fi prosis.
Soalan 5
Berapakah jumlah bayaran Fee lewat yang dikenakan ?
Jumlah bayaran Fi lewat sebanyak RM30.00.
Soalan 6
Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran Fi proses dan Fi lewat ?
Fi proses dan Fi lewat boleh dikemukakan ke Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dengan menghantar Wang Pos / Bank Draf / Kiriman Wang, sah sebelum tarikh luput atas nama Pngerusi Lembaga Pembantu Perubatan.
Soalan 7
Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan PPT/ARC ?
Pemohon PPT/ARC boleh dikemukakan permohonan melalui sistem BLESS dengan melayari pautan BLESS seperti berikut - https://open.bless.gov.my/bless/action/login?show
Soalan 8
Apakah dokumen yang perlu disertakan semasa membuat permohonan PPT/ARC melalui BLESS ?
Dokumen yang perlu disertakan seperti berikut :-
i) - Fi proses atau Fi lewat atau kedua-dua sekali.
ii) - Perakuan mata CPD. Contoh :- permohonan ARC 2021, perlu diperaku mata CPD tahun 2019.
Soalan 9
Berapakah jumlah mata CPD yang telah ditetapkan untuk permohonan PPT/ARC ?
Minimum mata CPD yang perlu dikemukan dalam MyCPD On-line sebanyak 40 mata tertakluk kepada sebarang pindaan dari masa ke semasa.
PERAKUAN PENDAFTARAN PEMBATU PERUBATAN
Soalan 1
Siapakah graduan yang layak untuk berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan (LPP) ?
Graduan yang layak berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan terdiri daripada graduan daripada Kolej Awam/Swasta/Universiti yang telah diiktiraf pengajiannya oleh Lembaga Pembantu Perubatan dan tamat dengan jayanya.
PERAKUAN PENDAFTARAN HOSPITAL ESTET
Soalan 1
Berapa lamakah keputusan kelulusan pendaftaran akan dikeluarkan ?
Proses pendaftaran adalah dalam tempoh 1 bulan dari tarikh terima permohonan.
Soalan 2
Bilakah peperiksaan Lembaga Pembantu Perubatan Estet diadakan ?
Keputuan menetapkan tarikh peperiksaan akan diadakan setelah diluluskan dalam mesyuarat Lembaga dan akan diiklankan dalam akhbar The New Sunday Times dan Berita Mingguan dalam bulan Februari.
Soalan 3
Bilakah keputusan peperiksaan akan dikeluarkan ?
Keputusan peperiksaan dikeluarkan setelah diluluskan dalam mesyuarat Lembaga pada akhir tahun.
Soalan 4
Berapakah jumlah bayaran yuran peperiksaan dan bagaimanakah cara pembayarannya ?
Yuran peperiksaan adalah mengikut gred seperti yang ditetapkan:-
Gred I - RM 150.00
Gred II - RM 100.00
Gred III - RM 50.00
Cara bayaran adalah melalui wang pos/money order