Pertandingan Membina Laman Web Mudah Menggunakan Google Sites 2024
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor, Batang Kali (SMKSM) telah diisytiharkan pada 4 November 1980. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (Ingg.), Batang Kali. Sekolah ini telah dibuka pada 5 Januari 1970 dan dirasmikan pada 7 September 1971 oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Yang Mulia Tan Sri Sheikh Hamdan bin Sheikh Tahir. Sekolah ini mendapat nama sempena nama seorang tokoh sejarah yang terkemuka iaitu Syed Mashor. Beliau ialah seorang pengembara Arab dari Pontianak, Kalimantan dan pernah dilantik memegang jawatan Ketua Kampung/Penghulu di Kerling. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah sebulat suara bersetuju mengambil sempena nama tokoh ini untuk diabadikan di sekolah ini.
SMK SYED MASHOR BERUSAHA MENGUPAYAKAN SISTEM PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK MELAHIRKAN INSAN TERDIDIK DARI SEGI JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEK DEMI MENJAMIN KESEJAHTERAAN NEGARA
SMK SYED MASHOR BERUSAHA MENREALISASIKAN PEMBANGUNAN POTENSI WARGA SEKOLAH UNTUK
MEMENUHI ASPIRASI NEGARA MELALUI
KEPMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI YANG BERKESAN
PENYAMPAIAN PDPc BERKUALITI
PENGURUSAN DAN PENCAPAIAN KURIKULUM, HEM DAN KOKURIKULUM BERKUALITI
Helang: Pencapaian pelajaran yang tinggi
Gelang Rotan: Lambang kesukanan
Buku: Sentiasa belajar
Obor: Penyuluh ke arah kejayaan
Merah: Keberanian
Biru: Perpaduan
Kuning: Kesetiaan
Audio MP3 Lagu Sekolah
Alamat Sekolah: SMK Syed Mashor, 44300 Batang Kali, Selangor
Kod Sekolah: BEB 5065
Gred Sekolah: Gred A (Sekolah Harian Bandar)
No. Telefon: 03-60573245
No. Fax: 03-60570689
Moto Sekolah: Berdisiplin Mematuhi Undang-Undang dan Peraturan Sekolah
Cogan Kata: Berdisiplin Berbakti
Warna Korporat: Ungu
FB: https://www.facebook.com/SMKSyedMashorBatangKali
Youtube: https://www.youtube.com/SMKSyedMashorBatangKali
Email Rasmi Sekolah: beb5065@moe-dl.edu.my