BULETIN SETEGI
Selamat Datang ke Halaman Utama SETEGI.
BULETIN SETEGI
PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK 5 PENJURU @ SETEGI
Pada Jumaat (28.6.2024) yang lalu, SK Tebing Tinggi telah menjadi tuan rumah dan penganjur bagi Perlawanan Persahabatan Bola Sepak 5 Penjuru.
Sekolah yang terlibat ialah:
SK Bukit Tunggal
SK Dato Wan Idris
SK Temenggong Abdul Rahman
SRAB Segamat
SK Tebing Tinggi
⭐Terima kasih diucapkan kepada sekolah yang terlibat dalam memeriahkan lagi penganjuran perlawanan persahabatan kali ini.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-44 2024
Pada Ahad (23.6.2024) yang lalu, SK Tebing Tinggi telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-4 2024.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Hashim bin Mohamad Kalang dan ibu bapa atas kesudian untuk memeriahkan lagi majlis pada hari ini.
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024
Pada Khamis (2.5.2024) yang lalu, SK Tebing Tinggi telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2024.
Terima kasih diucapkan kepada para jemputan, ibu bapa, guru, staf dan murid atas kesudian untuk memeriahkan lagi majlis pada hari ini.
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH 2024
Pada Ahad (21.4.2024) yang lalu, SK Tebing Tinggi telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah bagi Sesi 2024.
Berikut ialah jawatan-jawatan pimpinan sekolah yang telah dilantik:
Pengawas Sekolah
Pengawas Pusat Sumber
Student Leaders Board
Pembimbing Rakan Sebaya
Ketua dan Penolong Ketua Kelas
Tahniah diucapkan kepada barisan pimpinan SETEGI yang baharu! Diharapkan melalui watikah pelantikan ini, barisan pemimpin sekolah dalam kalangan murid dapat menjalankan tugasan dengan amanah dan lebih berdedikasi.
SAMBUTAN IHYA' RAMADAN 1445H/2024M
Pada Selasa hingga Khamis (2.4.2024 hingga 4.4.2024) yang lalu, SK Tebing Tinggi telah mengadakan Sambutan Ihya' Ramadan Peringkat Sekolah.
Terdapat pelbagai pengisian sepanjang sambutan Ihya' Ramadan tahun ini:
Pertandingan Tulisan Jawi Cantik (Tahap 1)
Pertandingan Tulisan Khat (Tahap 2)
Pertandingan Mewarna Sampul Duit Raya (Prasekolah hingga Tahun 6)
Penyediaan Bubur Lambuk SETEGI
Pertandingan Zikir Berkumpulan (Prasekolah hingga Tahun 6)
Majlis Khatam Al-Quran
Majlis Penutupan Ihya' Ramadan
Penyampaian hadiah
Penyerahan duit raya
Syabas diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama erat daripada warga SETEGI dalam menjayakan Sambutan Ihya' Ramadan Peringkat Sekolah pada tahun ini . Jutaan terima kasih kepada beberapa pihak yang turut sama menyumbangkan dana dalam aktiviti infaq bubur lambuk.
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI 2024/2025
Pada Rabu (3.4.2024) yang lalu, SK Tebing Tinggi telah mengadakan Majlis Penutupan Program Transisi 2024/2025.
Pada tahun ini, Program Transisi telah dijalankan selama 4 minggu bermula 10 Mac 2024 hingga 3 April 2024 berpandukan Kit PTTS 2.0.
Syabas diucapkan kepada murid Tahun 1 atas kejayaan menamatkan Program Transisi pada tahun ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para guru tahun 1 dan ibu/bapa yang telah bersama-sama membantu menjayakan program ini.
MAJLIS ANUGERAH KILAUAN PERMATA SETEGI 2023/2024
Pada Khamis (8 Februari 2024) yang lalu, SK Tebing Tinggi telah mengadakan Majlis Anugerah Kilauan Pertama bagi penggal 2023/2024.
Sekalung penghargaan buat barisan jemputan yang hadir:
- Encik Mohd Sahrul bin Sidek,
Penghulu Mukim Jementah (Perasmi Majlis Anugerah Kilauan Permata)
- Encik Mohd Fadhlan bin Md Zain,
Penolong Pejabat Pendidikan Daerah Segamat Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (Pegawai Angkat SK Tebing Tinggi, Segamat)
Syabas diucapkan kepada penerima anugerah dalam Anugerah Kilauan Permata SETEGI 2023/2024. Semoga terus maju dan berjaya bagi sesi akan datang. Tahniah dan salam perpisahan juga diucapkan buat 3 orang murid Tahun 6 Gemilang yang akan melangkah ke alam sekolah menengah pada sesi hadapan.
🏆Penghargaan:
1. Pemimpin Rakan Sebaya Tasmik
2. Pengawas Sekolah
3. Pengawas Perpustakaan Sekolah
4. Student Leaders Board (SLB)
🏆 Anugerah Akademik:
1. Anugerah Peningkatan PBD
2. Anugerah Terbaik PBD
3. Anugerah Terbaik Mata Pelajaran
4. Anugerah NILAM (Pembacaan Terbanyak)
🏆 Anugerah Khas (Tokoh Murid)
1. Tokoh Akademik (Nur Qistina binti Fazri)
2. Tokoh Kokurikulum (Nur Qistina binti Fazri)
3. Tokoh Sahsiah (Nur Qistina binti Fazri)
4. Tokoh Kehadiran Terbaik (Nur Damia Qaisara Rose binti Mohd Khairi)
Jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa SETEGI 2023/2024, ibu bapa, hadirin, guru, staf dan murid-murid yang menjayakan Majlis Anugerah Kilauan Permata 2023/2024 ini.
'HALL OF FAME'
Kompilasi kata hikmah kegemaran para guru SETEGI.
Kelas terbersih dan terkemas bulanan menerima ganjaran.
Murid dengan sahsiah terpuji bulanan menerima ganjaran.
Kelas 5 Cemerlang
Kelas 5 Cemerlang
NUR QISTINA BINTI FAZRI
Tokoh Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah 2023/2024
NUR DAMIA QAISARA ROSE BINTI MOHD KHAIRI
Tokoh Kehadiran Terbaik 2023/2024