Senarai Nama Pemenang Bertuah - Kemas Kini Status Pekerjaan

*Senarai terkini pemenang bertuah - 9 November 2018

Terma dan syarat:

  1. Hanya peserta yang melengkapkan kaji selidik sebelum atau pada 31 Oktober 2018 sahaja layak menyertai cabutan bertuah.
  2. Graduan warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia yang dijemput sahaja layak menyertai cabutan bertuah ini.
  3. Hanya responden yang telah mengisi soal selidik dengan lengkap dan maklumat yang sahih layak menyertai cabutan bertuah.
  4. Semua pemenang akan dimaklumkan melalui emel dan telefon yang diberi dalam kajian ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh nama pemenang diumumkan. Nama pemenang akan turut dipaparkan dalam laman web SKPG I-Kemas Kini Status Pekerjaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi). Semua pemenang mesti menghubungi penaja melalui emel atau telefon dalam tempoh 7 (tujuh) hari dari tarikh pemberitahuan oleh pihak penaja. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan hadiah tersebut diberikan kepada pemenang lain. Pengumuman rasmi cabutan bertuah akan dibuat selewat-lewatnya pada 9 November 2018.
  5. Pihak penaja berhak menukar mana-mana hadiah atas sebab-sebab yang munasabah dengan nilai yang setara (jika perlu).
  6. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit atau mana-mana barangan lain dan tidak boleh ditukarkan kepada orang lain.
  7. Pihak penaja berhak membuat pindaan atau mengubah syarat dan terma pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada mana-mana pihak.
  8. Pihak penaja tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kerosakan, kehilangan atau kecederaan para peserta atau orang perseorangan yang berhubung kait dengan penyertaan dalam kaji selidik ini. Penyertaan peserta adalah dibawah tanggungjawab para peserta sendiri. Para peserta menanggung segala liabiliti untuk kehilangan, kecederaan, kerosakan, tuntutan yang mungkin akan terjadi daripada penyertaan ini atau daripada penggunaan atau penebusan hadiah.
  9. Pemilihan peserta bertuah adalah secara rawak dan keputusan pihak penganjur adalah muktamad.


Kaedah Penghantaran Hadiah Insensif

  1. Semua hadiah akan dihantar menggunakan Pos Malaysia atau perkhidmatan kurier dan kos penghantaran akan dibiayai oleh pihak penaja. Penghantaran hadiah akan dibuat dalam tempoh 30 hari setelah pengumuman rasmi dibuat.
  2. Hadiah akan dihantar ke alamat dalam negara SAHAJA. Bagi pemenang yang berada di luar negara, anda diminta menamakan wakil dan alamat wakil dalam negara bagi urusan penghantaran hadiah.
  3. Mana-mana peserta kaji selidik yang tidak dapat membuat pengesahan berkaitan maklumat yang dibekalkan (sekiranya diminta) secara automatik dianggap tidak layak memenangi mana-mana hadiah.
  4. Hadiah insentif boleh juga diambil sendiri di ibu pejabat Unit Pengurusan Data, Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar, Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), Presint 5, Putrajaya dengan membuat temujanji terlebih dahulu. Masa pengambilan hadiah adalah pada hari bekerja dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang (waktu pejabat).

Hubungi kami untuk maklumat lanjut:

Telefon: 03-8870 5111

E-mail: kajiansusulan@moe.gov.my

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Kajiansusulan/229266860466771

Laman rasmi: graduan.moe.gov.my/update