INFO KPM: Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2026 kini dibuka bagi murid Tingkatan 1.
Permohonan boleh dibuat mulai 1 Ogos hingga 7 September 2025 melalui pautan berikut:
➡️Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tarikh Penting:
* Semakan pusat PKSK: 12 September – 17 Oktober 2025
* PKSK Tingkatan 4: 22 September – 3 Oktober 2025
* PKSK Tingkatan 1: 6 – 17 Oktober 2025
📢【温馨提醒:关注孩子接触电子烟的风险
📢【温馨提醒:关注孩子接触电子烟的风险
Peringatan Mesra: Waspada Terhadap Risiko Penggunaan Rokok Elektronik (Vape) Dalam Kalangan Kanak-Kanak】
电子烟的使用年龄有日趋年轻化的趋势,部分小学阶段的孩子在父母/监护人不知情的情况下已开始接触电子烟。
这一现象令人担忧,电子烟中所含的尼古丁与化学物质将对孩子的身心健康造成不可逆转的影响。
为了守护孩子的健康成长,我们诚挚呼吁各位家长:
✅ 经常留意孩子的日常行为和交友状况
✅ 教育孩子分辨网络与现实生活中的错误示范
✅ 如发现可疑物品或行为,请及时与学校联系,共同应对
孩子的健康需要我们共同守护。让我们携手为他们打造一个安全、无毒的学习与成长环境🤝。
谢谢大家的关注与配合。
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Penggunaan rokok elektronik (Vape) kini menunjukkan trend yang semakin membimbangkan apabila umur pengguna menjadi semakin muda.
Terdapat murid-murid sekolah rendah yang telah mula mencuba rokok elektronik tanpa pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Rokok elektronik mengandungi nikotin dan bahan kimia yang boleh memberi kesan buruk dan tidak dapat dipulihkan kepada kesihatan fizikal dan mental anak-anak.
Bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan anak-anak kita terpelihara, pihak sekolah menyeru kerjasama semua ibu bapa dan penjaga untuk:
✅ Sentiasa memantau tingkah laku harian dan pergaulan anak-anak
✅ Mendidik anak-anak agar bijak membezakan pengaruh negatif dari media sosial dan kehidupan sebenar
✅ Segera menghubungi pihak sekolah sekiranya menemui barangan atau tingkah laku yang mencurigakan
Kesihatan anak-anak adalah tanggungjawab bersama. Marilah kita berganding bahu untuk membina persekitaran pembelajaran yang selamat dan bebas daripada bahan terlarang 🤝.
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.
培正小学行政组
Pihak Pentadbiran Sekolah
SJK(C)PUI GIN