Rumusan
Rumusan Keseluruhan dan pelan tindakan:
Dengan pengumuman Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2024, cukai hiburan bagi artis tempatan telah dikecualikan, maka satu perjumpaan bersama pihak DBKL dan para penggiat seni persembahan perlu diadakan secepat mungkin bagi penyelarasan prosedur permohonan-permohonan yang baru. Wang Deposit yang tinggi sebanyak RM10000 bagi artis tempatan dan RM30000 untuk artis luar negara juga perlu dikemaskinikan supaya ia tidak membebankan penggiat seni.
Pengecualian Cukai hiburan bagi artis tempatan patut dilaksanakan di seluruh Malaysia, terutamanya negeri-negeri yang pesat dengan aktiviti-aktiviti seni persembahan seperti Selangor, Pulau Pinang, Johor dan lain-lain
Cadangan Pesta Teater berbagai bahasa dianjurkan semula oleh pihak yang berkaitan. Penganjuran Festival Teater Tahun 2004 telah menjemput kumpulan teater bahasa berbagai di Kuala Lumpur buat persembahan bersama di Dewan TAR, MATIC. Eksploitasi ini telah membawa impak besar kepada penggiat seni bahawa betapa kurang ketahuan antara kita yang sama-sama usahakan teater di masyarakat masing-masing. Interaksi yang sangat kurang atau pun langsung tiada, tidak akan membawa industri teater pesat berkembang. Maka itu dialog harus diadakan sentiasa supaya penukaran idea, produksi dan pentadbiran dapat berkongsi.
Perjumpaan dengan Bahagian Dasar MOTAC juga perlu diadakan secepat mungkin sebab pelan 5 tahun pertama 2021-2025 DAKEN telah sampai pertengahan (2023) Pada pendapat penggiat seni budaya, tiada banyak program berkenaan DAKEN telah diketahui dan pelibatan amatlah kurang.
Memperkasakan JKKN negeri, supaya data dan pelibatan kumpulan seni budaya tempatan lebih erat dan membantu. Satu pertemuan dengan JKKNWKL perlu diaturkan di Kuala Lumpur.
Perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian harus diadakan. Pendidikan awal seni amatlah penting dalam cabaran era AI
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), pembaikan sijil-sijil kesenian perlu bincang bersama penggiat seni budaya. Sebab kemahiran mereka bukan secara akademi. SKM perlu memperluaskan sijil untuk setiap bidang seni dan kemahiran budaya.
Perbincangan bersama penggiat-penggiat seni budaya berbagai bangsa perlu. Anjuran dari MOTAC amat diharapkan supaya Kita sama mencari ilmu dan kongsi pengetahuan demi membina masyarakat yang berseni dan berbudaya di Malaysia
Foto hari pertama
Facebook Live https://www.facebook.com/myaslipage/videos
Observer report by Hii Ing Fung