Marhalah Taarif adalah proses yang paling utama perlu diikuti tanpa gagal.
Setiap kali Usrah marhalah taarif di jalankan, ianya perlu meliputi tajuk Fikrah, Al Quran, Hadith, Sirah & Isu Semasa.
Turutan topik perbincangan setiap tajuk boleh di selesaikan mengikut kesesuaian & kebijaksanaan nuqaba.
Tajuk fikrah fasa 1 & fasa 2 WAJIB diselesaikan sebelum anak usrah dibawa ke fasa 3.
Memahami tasawwur Islam secara sahih dan menyeluruh.
Memahami keperluan untuk berdakwah dan melaksanakan Amal Islami.
Memahami keperluan wujudnya Jamaah Islam dan keperluan mengintima’kan diri dengan Jamaah Islam.