Pengenalan
Affiliate Marketing ialah apabila anda memasarkan jenama produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat lain secara online melalui laman web atau media sosial. Apabila seseorang membeli produk dan perkhidmatan ini melalui pautan affiliate (affiliate link) yang anda sediakan di laman web dan media sosial seperti blog, facebook dan sebagainya, anda akan mendapat komisen.
Sebagai ahli affiliate, anda boleh mempromosikan produk dari pelbagai syarikat atau jenama untuk mendapatkan peluang komisen yang lebih luas dan pelbagai. Kalau anda seorang yang pemalu dan tak pandai berniaga sendiri, affiliate marketing amat sesuai untuk anda sebagai permulaan kerana tidak ada interaksi atau transaksi jualan dan perkhidmatan pelanggan yang perlu anda lakukan. Anda hanya perlu menghebahkan sahaja tentang jenama- jenama tertentu melalui platform anda. Sebab itulah ahli affiliate juga dikenali sebagai 'Publisher'.
Bagaimana Affiliate Marketing Berfungsi?
Selepas anda berdaftar sebagai seorang Publisher atau ahli affiliate untuk jenama-jenama yang anda ingin promosikan seperti Shopee, Lazada, Watson, Zalora dan lain-lain (juga dikenali sebagai 'Advertiser), anda akan diberikan pautan affiliate yang unik (unique affiliate link) bagi setiap jenama ini. Pautan unik ini membolehkan setiap penjualan yang terhasil daripada pemasaran yang anda lakukan dapat dikesan dan dilaporkan untuk pembayaran komisen. Anda hanya perlu kongsikan pautan unik ini kepada kumpulan sasaran anda semasa mempromosikan jenama-jenama tersebut. Sebagai contoh, anda boleh cuba menekan affiliate links untuk jenama Policy Street (Car Insurance Renewal) dan Malaysia Airline di bawah:
POLICY STREET AFFILIATE LINK: https://invol.co/cl1sgqj
MALAYSIA AIRLINE AFFILIATE LINK: https://invol.co/cl19p7o
Apabila seseorang menekan pautan affiliate anda, fail kecil yang disebut 'cookie' akan disimpan di peranti mereka. Cookie ini membantu Advertisers untuk menjejaki dan mengaitkan penjualan kembali kepada Publishers yang mempromosikannya selagi tidak melepasi tempoh yang telah ditetapkan.
Berikut adalah contoh cara affiliate marketing berfungsi:
Bayangkan seseorang mengunjungi laman web atau media sosial anda dan menekan pautan affiliate Shopee anda, membawa mereka ke laman web Shopee. Tetapi mereka agak sibuk ketika itu untuk menguruskan perkara lain lalu tidak sempat untuk membeli apa-apa barang di Shopee. Selepas 10 hari, mereka kembali ke Shopee melalui Google search pula tanpa melalui pautan affiliate anda dan kini membuat pembelian. Inilah berita baiknya - 10 hari yang lalu, mereka telah menekan pautan affiliate SHOPEE anda dan cookie telah pun disimpan di peranti mereka. Oleh kerana Shopee menawarkan tempoh cookie untuk affiliate marketing melebihi 10 hari, maka anda masih mendapat komisen daripada jualan ini walaupun pembelian terakhir ini tidak melalui pautan affiliate anda.
Boleh Buat Duit Ke Dengan Affiliate Marketing?
Boleh, tapi banyak mana semuanya bergantung kepada usaha dan rezki masing-masing kerana tidak ada tekanan sales target yang ditetapkan kepada anda. Ada yang buat RM1 sahaja sebulan dan ada juga yang berjaya sehingga mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. Sekurang-kurangnya kita dapat belajar daripada pengalaman baru yang tidak memerlukan modal permulaan selain komputer/telefon pintar dan akses internet.
Bagaimana Saya Boleh Mulakan Proses Affiliate Marketing?
Ikuti lima langkah mudah berikut:
Tentukan platform - Pilih dan bina platform yang anda ingin gunakan untuk mempromosikan pautan affiliate anda. Laman web, Facebook page, whatsapp, youtube, instagram, twitter, blog, emel atau lain-lain.
Pilih niche anda - Siapakah kumpulan sasaran anda? Orang bujang, ibubapa, kumpulan kerjaya tertentu, graduan atau lain-lain?
Cari program affiliate dan advertisers yang bersesuaian untuk disertai - Banyak jenama di luar sana yang menawarkan program affiliate. Ini termasuk Shopee, Zalora, Lazada, Watson, Ali Express, AliBaba, Malaysia Airline, Hotlink, TM Unifi dan macam-macam lagi. Untuk menjadi ahli affiliate untuk jenama-jenama ini, anda perlu terlebih dahulu berdaftar dengan platform affiliate marketing seperti ACCESSTRADE dan INVOLVE ASIA yang bertindak sebagai koordinator di antara Advertisers (Syarikat/Jenama) dengan Publishers (Anda dan ahli affiliate yang lain). Pendaftaran adalah percuma tetapi tertakluk kepada kelulusan. Ada juga program affiliate yang anda boleh berurusan terus dengan syarikat pemilik jenama yang ditawarkan dan butiran program affiliate seperti ini biasanya boleh didapati di laman web mereka. Di peringkat global pula terdapat lebih banyak program affiliate yang boleh anda sertai seperti ClickBank, Wealthy Affiliate dan lain-lain
Buat kandungan (content) yang hebat - Kebanyakan orang tidak suka jika anda menghubungi mereka untuk menjual barang. Kita sendiri pun tak suka. Sebab itu di era sekarang, content marketing amat penting. Masyarakat hanya mahukan content yang bermanfaat dikongsikan kepada mereka. Pautan affiliate hanyalah selitan di dalam content yang anda kongsikan bukannya tema utama untuk anda sampaikan kecuali dalam keadaan dan konteks yang mengizinkan seperti product review dan sebagainya. Laman web satusumber ini adalah contoh mudah untuk anda fahami tentang hubungan di antara content marketing dan affiliate marketing.
Tingkatkan trafik ke laman web, blog atau media sosial anda - Lebih ramai orang yang mengunjungi laman atau page anda, maka lebih tinggilah kebarangkalian untuk mereka klik pada pautan affiliate anda dan seterusnya membuat pembelian.
ACCESSTRADE dan INVOLVE ASIA adalah dua platform affiliate marketing utama yang anda boleh daftar sebagai Publisher untuk memulakan pengembaraan anda di dunia affiliate marketing di Malaysia. Apabila anda bersedia untuk melangkah ke pasaran global, maka lebih banyak platform affiliate marketing yang anda boleh terokai. Sila tonton video di bawah untuk panduan pendaftaran/promosi menggunakan ACCESSTRADE dan INVOLVE ASIA, dan klik butang di bawah video untuk memulakan proses pendaftaran. Jika anda memerlukan bantuan perkhidmatan web design dan affiliate marketing set up, anda juga boleh hubungi penulis melalui e-mel seperti di bawah. Semoga sukses selalu!