TEKAN DI SINI UNTUK
JUMLAH KUTIPAN FASA 2 TERKUMPUL SEHINGGA MAC 2025 = RM 466,730 / RM 1,500,000
SILA TEKAN BUTANG DI ATAS
Assalamualaikum.
Kami sedang melancarkan KEMPEN SAMNI 2025 yang bertujuan mengumpul dana sebanyak RM1,500,000.00 bertujuan pengumpulan dana bagi menambah dana terkumpul pembangunan FASA 2 SAMNI yang sasaran pembinaan dijadualkan dalam tahun 2027.
Dengan serendah RM10.00 kini tuan-tuan dan puan-puan berpeluang untuk menderma dan menginfak untuk saham akhirat kita nanti.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.
(Surah al-Hadid: 18)
Terima kasih atas sumbangan yang diberikan - AJK SAMNI
SILA TEKAN BUTANG DI BAWAH
Buat masa ini, Surau Al-Medina Nilai Impian (SAMNI) memfokuskan kutipan dana pembinaan atau pembangunan bagi membina Surau yang menelan kos belanja sehingga RM1.5 - RM2.4 Juta di tapak seluas 1.280 Ekar.
Antara fasiliti dan ruang Surau adalah Dewan Solat Utama, Dewan Solat Wanita, Bilik AJK, Tempat Wudu', Tandas, Bilik Mandi Jenazah, Kelas dan lain-lain.
Bertemakan futuristik dan seni melayu minang (nogori), antara cadangan fasiliti yang difokuskan adalah mesra OKU dan mesra golongan berusia, disamping keselesaan bagi setiap jemaah untuk melakukan ibadah di SAMNI kelak.
Luas cadangan pembinaan bangunan Surau adalah 8,697 kaki persegi yang boleh memuatkan 200-300 jemaah dalam satu-satu masa. Dengan keluasan tapak surau seluas 55,756.8 kaki persegi, ini menunjukkan bahawa keluasan ini dapat menampung jemaah yg terdiri dari lima (5) kawasan taman perumahan yang mempunyai sekitar 646+ buah rumah.
Semoga Allah permudahkan segala urusan bagi setiap individu yang membantu dari setiap sudut sehingga terbinanya Surau Al-Medina Nilai Impian (SAMNI) kelak, insyAllah.
AJK SAMNI