Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-64 2021

Peingkat SM Sains Machang

Dirasmikan oleh: Tuan Haji Zahari bin Mat Amin, YDP PIBG SM Sains Machang

Tarikh: 21 Ogos 201 - 14 September 2021

Pendahuluan

Sambutan Hari Kemerdekaan merupakan aktiviti yang wajib diraikan oleh semua rakyat Malaysia sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat sekolah. Ia bertujuan mengukuhkan pengetahuan sedia ada serta pengetahuan yang diperolehi melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar serta menyuntik semangat cintakan tanah air.

Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, mengasas dan menonjolkan bakat dan juga dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan pelajar dan guru-guru. Antara aktiviti atas talian yang akan dilaksanakan ialah Melukis Poster, Mencipta dan Mendeklamasi Sajak (Video), Pengucapan Awam (Video) dan Kuiz Kemerdekaan.

Matlamat

Program sebegini berupaya meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan mengelakkan pelajar daripada kehilangan minat untuk mengetahui sejarah hari kemerdekaan.

Objektif

  • Menyemai semangat cintakan negara dan patriotism.

  • Mencungkil bakat pelajar.

  • Menguji pengetahuan am para pelajar.

  • Mengetahui tarikh Kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.


Banner Rasmi Program

Sumber: Bernama

Logo dan Slogan 'Malaysia Prihatin'

Perkataan 'Malaysia' membawa pengertian bahawa seluruh rakyat negara ini bersama-sama dengan kerajaan memerangi COVID-19 sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan.

Perkataan 'Prihatin' pula bermaksud keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat yang ditunjukkan melalui inisiatif 'Prihatin' yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

Gabungan perkataan 'Malaysia' dan 'Prihatin' menggambarkan seluruh rakyat di negara ini turut sama memerangi wabak COVID-19 serta kecaknaan kerajaan dengan melakukan pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakyat.

Sumber: Berita Harian, Permohonan.my

Senarai AJK Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-64

AHLI JAWATAN KUASA MERDEKA 2021.pdf

Geleri Merdeka SMACH

Carousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel imageCarousel image
Dari tahun 2017 hingga 2020.

Senarai Main Majlis Di Ambang Kemerdekaan Ke-64

Negaraku

Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju;

Rahmat Bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta;

Rahmat Bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta.

Berusaha Berilmu Berbakti

Indah permai sekolahku,
Diri megah tunggak jaya,
Inilah tempat bertemu,
Mengisi ilmu di dada;

Berusaha berilmu berbakti,
Itulah pegangan kami,
Sumbangan bakti kami curahkan,
Demi nusa dan bangsa;

Berusaha dengan kudrat dan iradat,
Dengan satu tekad yang waja,
Berpegang teguh tempuh rintangan,
Kegigihan satu amalan;

Ayah, ibu dan pendidikku,
Restui usaha kami,
Kami buktikan pada semua,
Kami harapan negara;

Berusaha dengan kudrat dan iradat,
Dengan satu tekad yang waja,
Berpegang teguh tempuh rintangan,
Kegigihan satu amalan
;

Ayah, ibu dan pendidikku,
Restui usaha kami,
Kami buktikan pada semua,
Kami harapan negara.

Tanggal 31 Ogos

Tanggal 31,
Bulan lapan lima puluh tujuh,
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka,
Ia pasti menjadi sejarah;

Tanggal 31,
Bulan lapan lima puluh tujuh,
Hari yang mulia,
Hari bahagia,
Sambut dengan jiwa yang merdeka;

Mari kita seluruh warganegara,
Ramai-ramai menyambut hari merdeka,
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh,
Hari mulia negaraku merdeka;

Tanggal 31,
Bulan lapan lima puluh tujuh,
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka,
Ia pasti menjadi sejarah;

Tanggal 31,
Bulan lapan lima puluh tujuh,
Hari yang mulia,
Hari bahagia,
Sambut dengan jiwa yang merdeka;

Mari kita seluruh warganegara,
Ramai-ramai menyambut hari merdeka,
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh,
Hari mulia negaraku merdeka;

Mari kita seluruh warganegara,
Ramai-ramai menyambut hari merdeka,
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh,
Hari mulia negaraku merdeka;

Merdeka merdeka merdeka,
MERDEKA!