Maahad Al-Imam An-Nawawi atau nama ringkasnya MIN, merupakan sebuah Maahad yang terletak di Kampung Lahar Minyak.
1. Ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai Sekolah Agama Rakyat di bawah JHEAIPP.
2. Sekolah berdaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dengan KPM pada tahun 2006.
3. Melaksanakan Dwi-Kurikulum (Kurikulum Agama dan Kebangsaan). Mengikuti silibus Kurikulum Bersepadu Dini (KBD), Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas & Tingkatan Enam Dini (KBDMA&TED) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
4. Melaksanakan peperiksaan AWAM iaitu SPM (Tingkatan 5) dan STAM (Tingkatan 6) serta Peperiksaan di bawah kelolaan JHEAIPP iaitu peperiksaan SMA bagi Tingkatan 4 dan STA bagi Tingkatan 6.
5. Guru-guru lantikan KPM, berpengalaman sebagai Jurulatih Utama Mata Pelajaran SPM dan STAM, berkomited mendidik murid-murid dengan ikhlas dan membimbing dengan hikmah agar menjadi insan berilmu dan soleh.
6. Kelas yang dilengkapi dengan kemudahan SMART TV.
7. Infrastruktur seperti kelas dan asrama yang kondusif, dewan tertutup berhawa dingin, makmal sains dan gelanggang permainan serta kemudahan internet kawasan sekolah.
8. Penglibatan aktiviti kokurikulum anjuran KPM dan JHEAIPP.
9. Menjadi wadah melahirkan generasi berilmu, di mana ramai pelajarnya kini menimba ilmu di institusi pengajian tinggi di Timur Tengah seperti Mesir, Jordan, Morocco dan juga di universiti tempatan.