HALAMAN RASMI PERTUBUHAN RUMAHKOD

NO PERTUBUHAN: PPM-036-10-10102017

www.rumahkod.com

panduan

latar belakang

RUMAHKOD merupakan organisasi sukarela yang menyediakan khidmat komuniti untuk warga pendidik berkumpul dan berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman. RUMAHKOD berperanan untuk menyediakan platform bersemuka atau atas talian untuk bertukar-tukar idea yang kreatif dalam menyelesaikan isu atau masalah dalam menyampaikan ilmu dalam bilik darjah. RUMAHKOD menyediakan ruang-ruang tersebut dalam bentuk kumpulan-kumpulan kecil atau seminar-seminar dalam skala yang besar.


Pertubuhan RumahKod (PPM-036-10-10102017) telah didaftarkan secara rasmi di bawah Akta Pertubuhan 1966 sebagai pertubuhan bukan kerajaan pada 10 Oktober 2017.

objektif

  1. Mempertingkatkan perkongsian ilmu, kemahiran dalam pedagogi, inovasi dan pelbagai aspek Pembelajaran Abad Ke-21.
  2. Meningkatkan perkongsian ilmu, kepakaran, dapatan penyelidikan dan perkembangan terkini yang boleh dimanfaatkan untuk memperkukuh Pembelajaran Abad Ke-21.
  3. Meningkatkan perkongsian ilmu, kemahiran, inisiatif dan program pengurusan Pembelajaran Abad Ke-21 yang berkualiti.