- Norini Bonong -
Lot 5, Bangunan Usahawan PMRM, Jalan Matunggong Jaya, Pekan Baru
Matunggong, 89058 Kudat, Sabah.
PENGENALAN
RINI CRAFT ENTERPRISE perniagaan 100% milik bumiputera yang terletak di
Matunggong Kudat. Ditubuhkan oleh Pn. Norini Bonong pada Ogos 2020 sebagai
satu usaha untuk membantu keluarga di Kampung Kopunadan yang turut terjejas
akibat Pandemik Covid-19.
Aktiviti utama perniagaan ini adalah menghasilkan dan memasarkan produk
kraftangan anyaman berasaskan tali PVC. Rini Craft juga terlibat secara langsung
dalam perkhidmatan mengajar kemahiran menganyam dikalangan wanita, belia
dan kanak-kanak.
Produk utama yang dihasilkan adalah beg tangan anyaman yang cantik, unik, dan
tahan lasak. Inovasi dari anyaman tradisional, Rini Craft menghiasi beg anyaman
dengan pelbagai corak bunga untuk menarik minat generasi muda.
Hasil kerjasama dengan Chanteek Borneo, Rini Craft juga menghasilkan beg
dengan hiasan corak etnik Borneo agar secara tidak langsung turut
mempromosikan motif suku kaum di Sabah.Terdapat empat ketegori item bagi
memenuhi permintaan setiap golongan pengguna.
Setakat ini telah berjaya mengembangkan pasaran ke semenanjung Malaysia dan
Sarawak serta menembusi pasaran Brunei, Singapura,Australia dan United
Kingdom.Rini Craft juga telah merekrut lebih 30 dropship pemasaran di seluruh
Malaysia dan melibatkan lebihkurang 35 orang wanita di sekitar Matunggong dan
Kota Marudu.
Misi utama perniagaan ini ialah menjadikan bengkel kraftangan Rini Craft sebagai
bengkel kraftangan bersepadu (One Stop Center) yang terbaik di Matunggong
Kudat, juga pusat rujukan kepada penggemar seni kraftangan seterusnya menjadi
tarikan utama pelancong.
Dengan adanya bantuan dan sokongan dari agensi kerajaan dan NGO, Rini Craft
sangat optimis dapat mengembangkan perniagaan dengan menghasilkan produk
anyaman secara besar-besaran dan memasarkan produk ini secara komersial.
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
Nama Perniagaan : Rini Craft Enterprise
Alamat perniagaan : Lot 5, Bangunan Usahawan PMRM, Jalan Matunggong
Jaya, Pekan Baru Matunggong, 89059 Kudat, Sabah.
Nombor telefon : +60 13-943 0594
Email : rinicraft2123@gmail.com
Facebook - https://www.facebook.com/rinicraftHQ/
My Borneo Shop - https://tinyurl.com/yz5megat
Aktiviti utama : Mengajar, menghasilkan dan memasarkan produk
kraftangan anyaman yang unik,kemas dan menarik.
LATAR BELAKANG PEMILIK PERNIAGAAN
Nama Pemilik : Norini Bonong
Alamat : Kampung Kopunadan Matunggong, Peti Surat 317, 89058 Kudat, Sabah.
Nombor telefon : +60 14-212 3546
Email : norinibonong@gmail.com
Aktiviti utama : 5 tahun pengalaman dalam bidang anyaman dan bergiat aktif
mengajar dan membimbing komuniti sejak ogos 2020
sebagai usaha membantu wanita meningkatkan ekonomi
keluarga